SEBERANG PERAI – Aura Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan gagal menarik minat penduduk sekitar Nibong Tebal menghadiri ceramah perdana parti itu di Simpang Ampat, di sini, malam tadi.
Ceramah yang dijadualkan berlangsung jam 9 malam itu terpaksa dilewatkan satu jam susulan hujan lebat di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang hingga mengakibatkan banjir kilat serta kesesakan lalu lintas di beberapa laluan utama.
Selain Azmin, ceramah perdana itu turut dihadiri Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau Hoe Chai; Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff serta calon PN Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati masih terdapat banyak kerusi kosong meskipun Azmin berucap selepas hujan sudah berhenti.
Untuk rekod, penyandang kerusi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman berdepan persaingan empat penjuru membabitkan Datuk Seri RS Thanethiran (Barisan Nasional); Fadhlina Sidek (Pakatan Harapan) dan Goh Kheng Huat (Bebas).
PRU14 menyaksikan kerusi Parlimen Nibong Tebal dimenangi Mansor yang ketika itu bertanding atas tiket PKR selepas mendapat 35,395 undi menewaskan Datuk Shaik Hussein Mydin (BN) (19,578 undi) manakala Mohd Helmi Harun (Pas) (6,875 undi) dan Tan Tee Beng (Bebas) (331 undi). – MalaysiaGazette
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo