Artikel Terkini

Bas bawa pelajar universiti terbalik di Tanjung Malim

Bas bawa pelajar universiti terbalik di Tanjung Malim
Bas bawa pelajar universiti terbalik di Tanjung Malim 1

IPOH – Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 7 petang.

“Kemalangan melibatkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima. Siasatan awal mendapati 11 orang penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

Mengulas lanjut, Mohd Hasni berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tayar pecah ketika bas itu dalam perjalanan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Idris menghala ke UPSI Kampus Sultan Azlan Shah.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tayar hadapan kanan bas telah pecah menyebabkan pemandu berusia 63 tahun hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya.

Beliau berkata akibat kemalangan ini, 17 penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Slim River dan Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

Beberapa gambar dan video menunjukkan bas terbalik itu tular di media sosial dan dimuat naik di Facebook milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjung Malim Datuk Dr Mah Hang Soon  yang turut melawat tempat kejadian.

“Saya amat sedih apabila ternampak kemalangan jalan raya itu. Kemalangan tersebut melibatkan pelajar UPSI di kawasan Bandar UPSI.

“Semoga semua yang terlibat selamat. Marilah kita mendoakan yang terbaik. Diharap segala urusan dipermudahkan,” katanya menerusi hantaran itu.

— BERNAMA

Bas bawa pelajar universiti terbalik di Tanjung Malim 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list