Artikel Terkini

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & ‘hot’ sejak dari dulu?

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & ‘hot’ sejak dari dulu?
Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 1

Pendedahan yang dibuat oleh Puteri Sarah Liyana berkenaan rumah tangganya yang diganggu oleh selebriti muda, Ira Kazar baru-baru ini agak mengejutkan ramai.

Puteri Sarah juga sempat mempertikaikan tindakan tidak bermoral anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi itu yang tak putus-putus mengganggu suami orang sedangkan dia sudah mempunyai teman lelaki.

Oleh sebab itu, seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘bekas’ kawan kepada Ira telah tampil mendedahkan perangai sebenar selebriti muda itu yang dikatakan menjadi punca pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dan suaminya hampir 3 tahun.

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 2

Menurut wanita dikenali sebagai miraabakri yang dikongsikan melalui Insta Story, dia telah mengenali Ira Kazar sejak 19 tahun lalu.

“Takkan lah tiba-tiba Syamsul terhegeh-hegeh kat kau. Siapa kau? Benda takkan jadi kalau kau tak tawar sesuatu.
“Aku bukan tak kenal kau perempuan. Kau kalau bab benda macam ni kau laju je. Yang penting laki tu hot dan kaya. Kau psiko mamat tu, kau acah orang kejar kau pula,” tulisnya.

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 3

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 4

Tambahnya, sejak mereka masih berkawan, dia kerap kali menegur sikap Ira namun langsung tidak diendahkan.

Selepas mengetahui Puteri Sarah telah menjadi ‘mangsa’ kepada sikap bekas rakannya itu, dia akui cukup simpati dengan nasib yang menimpa pelakon berkenaan memandangkan kerap menerima ugutan serta gangguan daripada Ira.

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 5

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 6

“Kalau kau seksi tapi perangai macam sund*l, kau ingat orang nak buat jadi bini ke? Kau dah perangkap dia, lagi mahu sembang kuat. Sebab tu aku cakap kerja! Kerja! Sebab bila kerja, kau tak sibuk nak itu ini. Ada duit sendiri,” kata Mira.

Dalam pada itu, Mira sempat menegaskan yang dia sama sekali tidak mereka cerita kerana mendapat sumber yang sahih serta dia sendiri pernah berkawan dengan Ira.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini dia tidak mahu orang ramai menyentuh perihal bapa kepada selebriti muda itu kerana pelakon senior berkenaan merupakan insan yang baik serta tidak terlibat dalam permasalahan yang dibuat oleh anaknya.

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 7

Mira juga mendakwa Ira berkawan wanita yang pernah menjadi skandal Shuk Sahar dan tindakan mereka menganggu rumah tangga orang juga hampir sama.

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 8

Dalam perkongsiannya yang lain pula, Mira menyatakan apa yang didedahkan itu bukan fitnah tetapi kenyataan. Ujarnya lagi, disebabkan Puteri Sarah tidak mahu membuka cerita, biar dia yang ceritakan perkara tersebut dahulu.

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 9

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 10

Terdahulu, Puteri Sarah ada memberi amaran kepada Ira Kazar supaya tidak lagi mengangu rumah tangganya sedangkan dia  sudah mempunyai teman lelaki.

Puteri Sarah juga meminta anak kepada Kazar Saisi itu menjaga maruah dan tidak sibuk merebut suami orang yang tentunya sudah mempunyai keluarga.

Menjengah ke ruangan Insta Story Puteri Sarah, dia ada memuat naik kembali perkongsian daripada Mira dan meminta netizen yang mahu tahu cerita sebenar untuk membaca sendiri apa yang ditulis oleh bekas kawan kepada Ira.

Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 11

Walau bagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan daripada pihak Ira Kazar memandangkan dia seakan mengambil langkah berdiam diri sahaja.

Suami Puteri Sarah juga masih lagi belum mengeluarkan sebarang penjelasan dan diharap rumah tangga mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

Sumber: Instagram Miraabakri, Puteri Sarah


Bekas kawan dedah perangai Ira Kazar, dakwa nak cari lelaki kaya & 'hot' sejak dari dulu? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list