Artikel Terkini

“Bila Ada Filem Bocor, Saya Perasan Finas Macam Diam Saja”

“Bila Ada Filem Bocor, Saya Perasan Finas Macam Diam Saja”
"Bila Ada Filem Bocor, Saya Perasan Finas Macam Diam Saja" 1

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecewa dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianggap tidak memperjuangkan masalah cetak rompak dan hak cipta berikutan masih terdapat filem bocor di media sosial.

Memetik Harian Metro, Syamsul berkata isu cetak rompak adalah isu utama yang membelenggu penerbit dan industri penerbitan filem dan drama tanah air.

BACA: “Saya Sebenarnya Dah Penat, Reda Saja” – Syamsul Yusof

“Saya kecewa dengan Finas. Terlalu banyak isu dalam industri filem ini yang entah kenapa pengerusi Finas terdahulu, malah ada yang sebelum ini terbabit dalam industri filem, tapi tidak memperjuangkan masalah atau isu besar dalam industri ini.

“Saya memang kecewa. Sebelum nak cakap masalah cukai, masalah nombor satu dalam industri perfileman kita adalah masalah cetak rompak dan hak cipta. Seharusnya Finas memberitahu kerajaan supaya menggubal undang-undang berkenaan hak cipta filem, TV dan macam-macam lagi,” katanya.”

Kata Syamsul lagi, kini bukan filem sahaja dicetak rompak, malah drama juga turut dicuri. Pengarah filem Mat Kilau itu juga berpendapat kerajaan menggubal undang-undang baru yang lebih ketat supaya dapat membendung daripada ianya terus berlaku.

“Sekarang ini drama TV pun sudah dicuri dan dimuatnaik secara haram di media sosial. Finas nak tunggu apa lagi? Sampai industri perfileman Malaysia mati? Ini kerana undang-undang yang ada sekarang ini tidak ketat dan harus diperhalusi sesuai dengan zaman sekarang,” katanya

Dalam pada itu, Syamsul berkata Finas dikatakan memandang enteng dengan masalah dihadapi penggiat seni dan tidak berbuat apa-apa.

“Apabila ada filem-filem bocor, apa saya perasan Finas macam diam saja, seolah-olah macam langsung tidak mempedulikan. Apabila ada sesebuah filem dan drama keluar di TikTok, Finas hanya berdiam diri, tak buat apa-apa, hanya membiarkan nasib pembikin filem Melayu.

“Ini sangat penting untuk industri. Sebab itu saya bercakap soal ini, untuk jangka masa panjang. Kalau Finas bagi tahu kepada kerajaan apa perlu dibuat, apa undang-undang perlu digubal semula, ia boleh mengubah sejarah. Kalau tak kita takat ini saja,” katanya.


"Bila Ada Filem Bocor, Saya Perasan Finas Macam Diam Saja" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list