Artikel Terkini

BN Melaka tewas di semua kerusi Parlimen, PN tawan 3, PH menang 3

BN Melaka tewas di semua kerusi Parlimen, PN tawan 3, PH menang 3
BN Melaka tewas di semua kerusi Parlimen, PN tawan 3, PH menang 3 1

ALOR GAJAH – Barisan Nasional (BN) memecah rekod apabila kehilangan semua enam kerusi Parlimen ditandingi termasuk dua kubu kuatnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia sekaligus menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menguasai Parlimen Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka manakala Perikatan Nasional (PN) mengekalkan kemenangan di Masjid Tanah selain menguasai Jasin dan Tangga Batu.

Parlimen Alor Gajah menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Adly Zahari memenangi kerusi itu dengan majoriti 890 undi apabila memperoleh 28,178 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Shahril Sufian Hamdan mendapat 27,288 undi.

Penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pula gagal mempertahankan kerusi berkenaan apabila memperoleh 17,211 undi manakala calon Pejuang, Muhammad Nazriq Abdul Rahman hanya memperoleh 323 undi.

Parlimen Masjid Tanah yang menjadi kubu kuat BN pula dimenangi penyandangnya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari PN dengan 25,604 undi menewaskan calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid memperoleh 21,193 undi, dengan majoriti 4,411 undi.

Kemenangan penyandang kerusi itu jauh meninggalkan dua lagi calon, Mutalib Uthman dari Muda yang memperoleh 7,445 undi dan Handrawirawan Abu Bakar yang hilang deposit apabila hanya memperoleh 507 undi.

PH turut menang di Hang Tuah Jaya melalui Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim yang memperoleh 39,418 undi menewaskan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang memperoleh 30,780 undi dengan majoriti 8,638 undi.

Parti dianggotai PKR, DAP dan Amanah itu turut mengekalkan kemenangannya di Kota Melaka melalui penyandangnya Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong yang menang selesa dengan majoriti 46,420 undi.

Beliau memperoleh 73,995 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN) Kon Qi Yao yang memperoleh 20,686 undi.

Kerusi Parlimen Tangga Batu pula menyaksikan calon PN, Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Bakri Jamaluddin memperoleh 37,406 undi menewaskan penyandangnya dari Prof Madya Rusnah Aluai dari PH yang memperoleh 28,557 undi dengan majoriti 8,849 undi.

Jasin yang sebelum ini menjadi kubu kuat BN turut menyaksikan kekalahannya kepada calon PN, Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail yang memperoleh 27, 893 undi menewaskan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad yang memperoleh 27571 undi. dengan majoriti 322 undi. – MalaysiaGazette.

BN Melaka tewas di semua kerusi Parlimen, PN tawan 3, PH menang 3 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list