Artikel Terkini

Cop Parking, Boleh Didenda RM 2,000 Dan Penjara 6 Bulan Separato

Cop Parking, Boleh Didenda RM 2,000 Dan Penjara 6 Bulan Separato
Cop Parking, Boleh Didenda RM 2,000 Dan Penjara 6 Bulan Separato 1

Cop parking antara fenomena yang sering berlaku terutamanya di kawasan perumahan awam seperti rumah pangsa, apartmen dan lain-lain. Kebiasaanya, mereka akan meletakkan objek seperti kon, kerusi dan ada juga menggunakan botol atau tong air.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa tindakan cop parking adalah satu kesalahan jenayah dan pelaku boleh dikenakan denda dan hukuman penjara sehingga satu tahun.

Baca juga: Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000

Perkara itu dikongsikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka baru-baru iniCop Parking, Boleh Didenda RM 2,000 Dan Penjara 6 Bulan Separato 2

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Cop Parking, Boleh Didenda RM 2,000 Dan Penjara 6 Bulan Separato 4
parking

Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ

Anda perlu sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.

Buat mereka yang suka sangat cop parking tu, pastikan anda bersedia ‘cop penjara’ untuk diri anda juga.

Cop Parking, Boleh Didenda RM 2,000 Dan Penjara 6 Bulan Separato 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list