Artikel Terkini

Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7 juta

Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7 juta
Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7 juta 1

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menipu berhubung pembelian pesawat dan helikopter berjumlah lebih RM7 juta, enam tahun lepas.

Datuk Ismail Hassan, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa menipu seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun dengan memperdayakannya bahawa beliau hendak membeli milikan pegangan pesawat Cessna 650 Citation III (N95AZ) dan helikopter jenis EC120B (N120TX) dengan harga RM7,092,995.

Tertuduh telah menyerahkan dua cek bernilai RM1 juta dan RM6,092,995 kepada mangsa sedangkan beliau mengetahui bahawa kedua-duanya tidak boleh ditunaikan.

Ismail didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah firma guaman di Solaris Dutamas, Sentul di sini pada 21 Feb 2019 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa sebagai seorang muflis yang belum dilepaskan telah memasuki satu perjanjian pinjaman bertarikh 29 Nov 2017 dengan lelaki sama bagi tujuan pembelian pesawat dan helikopter sama serta penubuhan sebuah syarikat untuk menjalankan perniagaan penyewaan pesawat di negara ini.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Jalan Pinang, Dang Wangi di sini pada 29 Nov 2017 mengikut Seksyen 109(1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 109(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Josiendra Abu Senin menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Datuk Zainal Omar, yang mewakili Ismail, memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya telah muflis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan kes. – Bernama

Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7 juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list