Artikel Terkini

Didakwa Menghalang Tontonan Di Pawagam, Trend Pemakaian Tanjak Undang Perdebatan Netizen

Didakwa Menghalang Tontonan Di Pawagam, Trend Pemakaian Tanjak Undang Perdebatan Netizen
Didakwa Menghalang Tontonan Di Pawagam, Trend Pemakaian Tanjak Undang Perdebatan Netizen 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Seperti ramai sedia maklum, minggu ini menyaksikan filem Mat Kilau secara rasminya hadir di pawagam seluruh Malaysia. Kehadiran filem ini di layar perak nyata mendapat sambutan yang baik setelah berjaya muncul sebagai filem melayu epik dengan jumlah kutipan tertinggi pada hari pembukaan.

Di sebalik keterujaan orang ramai menonton filem yang mengetengahkan kebangkitan pahlawan Melayu dan silat ini, terdapat golongan penonton yang memilih untuk mengenakan busana Melayu tradisional beserta pemakaian tanjak.

Didakwa Menghalang Tontonan Di Pawagam, Trend Pemakaian Tanjak Undang Perdebatan Netizen 2

Dalam pada itu, siapa sangka pemakaian tanjak di kalangan penonton nyata turut membuatkan segelintir penonton lain berasa kurang senang berikutan saiz tanjak yang besar sekaligus menghalang tontonan penonton lain di pawagam.

Didakwa Menghalang Tontonan Di Pawagam, Trend Pemakaian Tanjak Undang Perdebatan Netizen 4

Isu yang tular di media sosial ini nyata menjadi perdebatan di kalangan netizen di mana terdapat yang bersetuju dan tidak mempunyai masalah buat penonton yang memakai tanjak dan terdapat pula golongan yang menolaknya.

Tidak kurang juga yang berpendapat pemakaian busana tradisional Melayu beserta tanjak ke pawagam sebagai berlebihan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Didakwa Menghalang Tontonan Di Pawagam, Trend Pemakaian Tanjak Undang Perdebatan Netizen 6

Sumber: facebook Jasson King Fans Official

Menurut respon netizen, gambar yang diambil seolah sengaja diambil daripada paras bawah sekaligus membuatkan tanjak dan kepala penonton hadapan terhalang. Selain itu, terdapat netizen yang mencandangkan agar mereka yang memakai tanjak untuk membuka seketika sewaktu menonton filem di pawagam.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan tidak lagi berulang agar setiap penonton memperoleh keselesaan dalam menonton filem yang sedang trending ketika ini.

Berdasarkan jumlah kutipan yang diperoleh hari pertama, tidak mustahil filem Mat Kilau bakal memperoleh jumlah kutipan akhir sehingga puluhan juta Ringgit jika terus mendapat sokongan daripada penonton.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini yang ‘kecek Kelate’ ini berjaya membuatkan Mat Saleh dengan kemahiran pelbagai bahasa ini mengalah.

Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’

Elaun Pengerusi FELDA Naik Kepada RM480,000 Ditengah-Tengah Isu Subsidi Minyak Dimansuhkan?


Didakwa Menghalang Tontonan Di Pawagam, Trend Pemakaian Tanjak Undang Perdebatan Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list