Artikel Terkini

Empat individu gubah wang haram lebih RM7.2 juta

Empat individu gubah wang haram lebih RM7.2 juta
Empat individu gubah wang haram lebih RM7.2 juta 1

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan pertuduhan terhadap empat individu, yang juga pasangan suami isteri, pada 10 dan 11 November 2022 kerana pengubahan wang haram membabitkan hasil yang menyalahi undang-undang daripada aktiviti nasihat pelaburan tidak berlesen berjumlah lebih RM7.2 juta.

Kedua-dua pasangan, Mohamad Afiq Md Isa dan Natasha Mohamed Taufek, serta Tan Soon Hin dan Teh An See, dikenakan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Mohamad Afiq Md Isa dan Natasha Mohamed Taufek Mohamad Afiq, 34, dan isteri, Natasha, 34, dikenakan pertuduhan atas kesalahan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM1.2 juta antara Mei 2020 dan Oktober 2021.

Dalam kenyataan di sini, SC berkata, Mohamad Afiq dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menghadapi lapan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA kerana menerima dan memindahkan hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang, iaitu nasihat pelaburan tidak berlesen.

Pada masa material, Mohamad Afiq merupakan pemilik tunggal Pelham Blue Enterprise (PBE) dan pengarah serta pemegang saham PBF Resources Sdn Bhd (PBF).

PBE dan platform media sosialnya, Pelham Blue Fund telah dimasukkan dalam Senarai Makluman Pelabur SC pada tahun 2021.

Isterinya, Natasha, dikenakan satu pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Afiq dan Natasha mohon dibicarakan bagi semua pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun telah membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin kepada Natasha. Mahkamah juga mengarahkan agar pasportnya diserahkan.

Hakim yang sama juga telah membenarkan ikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin kepada Mohamad Afiq. Afiq diperintahkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada Pegawai Penyiasat SC setiap bulan.

SC dalam kenyataan sama berkata, ia turut mendakwa Tan Soon Hin, 43, dan isteri, Teh An See, 43, pada 11 November 2022 atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM6 juta untuk tempoh Januari 2020 dan November 2021.

Tan menghadapi lima pertuduhan di bawah AMLATFPUAA. Beliau telah dimasukkan dalam Senarai Makluman Pelabur SC pada tahun 2019.

Teh, yang merupakan pemilik tunggal Miracle Fortune Trends Enterprise, juga menghadapi lima pertuduhan di bawah Akta yang sama. Teh juga merupakan pengarah dan pemegang saham tunggal Fickle Sdn Bhd.

Kedua-duanya turut mohon dibicarakan bagi semua pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid membenarkan ikat jamin sebanyak RM400,000 dengan seorang penjamin kepada Tan manakala di mahkamah lain Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun membenarkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin kepada Teh.

Kedua-dua Tan dan Teh diperintahkan untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dikehendaki melaporkan diri kepada Pegawai Penyiasat SC setiap bulan.

Jika sabit kesalahan, keempat-empat individu ini boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah yang diperoleh daripada pengubahan wang haram, atau pun RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

SC menasihatkan pelabur supaya berwaspada dalam menilai dan memutuskan peluang dan tindakan pelaburan.

Pelabur perlu berurusan hanya dengan individu dan entiti yang dilesenkan oleh SC untuk memberikan nasihat pelaburan. Mereka juga dinasihatkan menyemak Senarai Makluman Pelabur SC, yang sentiasa dikemas kini untuk memberi amaran tentang syarikat atau individu mencurigakan yang menjalankan aktiviti atau penipuan pelaburan tidak berlesen. – MalaysiaGazette

Empat individu gubah wang haram lebih RM7.2 juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list