Artikel Terkini

Enam maut dalam kemalangan dua kereta di Kahang

Enam maut dalam kemalangan dua kereta di Kahang
Enam maut dalam kemalangan dua kereta di Kahang 1

JOHOR BAHRU – Enam termasuk dua kanak-kanak maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Batu 13, Kahang, Jalan Kluang-Mersing, Kluang, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Mohd Fauzi Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 4.40 petang yang melibatkan Perodua Myvi dan Honda Stream.

Beliau berkata mangsa yang maut menaiki Perodua Myvi, dikenali sebagai Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Syakir Noramin, 11; Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11, dan Muhammad Adil Abdul Kadir, 23.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Nor yang mengesahkan perkara itu berkata seorang lagi penumpang kereta Perodua Myvi meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini, malam ini.

“Siti Nurzannah Kahdar, 26, yang merupakan penumpang bahagian hadapan kenderaan berkenaan meninggal dunia kira-kira 9.30 malam tadi ketika menerima rawatan di zon merah di hospital,” katanya ketika dihubungi.

Bahrin berkata siasatan awal mendapati mereka yang menaiki kereta Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Kluang ke Kahang untuk berkelah di Pantai Air Papan, Mersing.

Beliau berkata Siti Nurzannah, yang merupakan kakak kepada Masrina, mengalami kecederaan di bahagian kepala, perut dan tulang pinggul.

Turut berada dalam kenderaan yang sama dan masih dirawat di zon merah ialah Nur Annalesha Rania, 7, manakala pemandu Mohd Sharizan Syafandi, 24, dirawat di zon kuning akibat kecederaan di kepala, muka dan tangan sebelah kiri.

Dalam pada itu, pemandu dan penumpang kereta Honda Stream yang merupakan pasangan suami isteri Zulkeflly Zakariah, 53, dan Kamariah Yusof, 48, serta anak mereka Ariana Nur Batrisyah Zulkeflly, 13, juga mengalami kecederaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati ahli keluarga dan kenalan mangsa memenuhi pekarangan Unit Perubatan Forensik hospital itu, di sini.

Perodua Myvi yang membawa lapan orang itu dari arah Kluang, dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan yang dilalui Honda Stream di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, di sini.- BERNAMA

Enam maut dalam kemalangan dua kereta di Kahang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list