Artikel Terkini

Gelojoh Nak Buat Interview, Pakar Pengurusan Krisis Anggap Imej Amber Heard Rosak Selamanya

Gelojoh Nak Buat Interview, Pakar Pengurusan Krisis Anggap Imej Amber Heard Rosak Selamanya
Gelojoh Nak Buat Interview, Pakar Pengurusan Krisis Anggap Imej Amber Heard Rosak Selamanya 1

Gelojoh Nak Buat Interview, Pakar Pengurusan Krisis Anggap Imej Amber Heard Rosak Selamanya

Sebelum ini dalam satu temu bual bersama program Today terbitan NBC News, pelakon Hollywood Amber Heard meluahkan rasa tidak puas hati terhadap warganet susulan kekalahannya di mahkamah.

Terkini, seorang pakar pengurusan krisis tampil memberikan pendapat tentang tindakan Amber, dan menyifatkan perkara itu sebagai satu kegagalan dalam pengurusan imej pelakon tersebut.

Amber tiada kredibiliti

Gelojoh Nak Buat Interview, Pakar Pengurusan Krisis Anggap Imej Amber Heard Rosak Selamanya 3

Dalam temu bual yang mengisi slot sebuah program yang berlangsung selama satu jam di NBC itu, Amber meluahkan rasa tidak puas hati akan kritikan yang diterimanya sepanjang perbicaraan berlangsung, dan menganggap bahawa perkara tersebut tidak adil baginya.

Amber berkata, pengguna media sosial tidak bersikap adil dalam pengendalian kes tersebut, dan pasukan guaman Amber tetap berkeras bahawa keputusan yang dibuat oleh ahli juri kes tersebut berpunca daripada pengaruh media sosial.

Memetik laporan Insider, pakar-pakar pengurusan krisis telah memberi pendapat bahawa kaedah pengendalian imej Amber selepas kes mahkamah selesai, merupakan satu kegagalan, dan secara keseluruhannya adalah satu kesilapan.

Juda Engelmayer, seorang presiden syarikat perhubungan awam berkata, kesalahan terbesar Amber adalah apabila dia gagal untuk sedar bahawa dia bukannya seorang yang berkredibiliti sepanjang perbicaraan di mahkamah.

Dia tidak bertanggungjawab ke atas testimoni yang dia berikan, ianya bercanggah. Dia juga tidak memberi penjelasan mengapa dia sering merakam satu sama lain sekiranya mereka ‘bahagia’.

Semuanya sukar untuk dipercayai, namun dia tidak perjelaskan.

Jadi, orang awam sukar untuk menyokong Amber.

Gelojoh sertai temu bual

Gelojoh Nak Buat Interview, Pakar Pengurusan Krisis Anggap Imej Amber Heard Rosak Selamanya 4

Seorang pakar perhubungan awam, Deraney berkata, Amber telah bersetuju untuk ditemu bual terlalu awal, tidak sampai 2 minggu selepas keputusan mahkamah dibuat.

Saya selalu cakap bahawa tiada keperluan untuk tergesa-gesa. Tak perlu tergesa-gesa beri kenyataan kepada media.

Dia terlalu gelojoh… kalau saya yang menguruskan Amber, saya tidak akan membenarkan dia untuk ditemu bual.

Evan Nierman, seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perhubungan awam berkata, tiada apa yang boleh dilakukan Amber lagi dan imejnya telah teruk terjejas, dan dia selamanya akan dikaitkan dengan kes perbicaraan terhadap Johnny Depp itu.

Sumber: Insider

Gelojoh Nak Buat Interview, Pakar Pengurusan Krisis Anggap Imej Amber Heard Rosak Selamanya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list