Baru-baru ini, Apple telah menamatkan pengeluaran iPod setelah hampir 22 tahun bertahan dalam pasaran. Penamatan itu berlaku kerana Apple merasakan iPod tidak lagi relevan dengan peredaran zaman. Ditambah pula, muzik sudah boleh dinikmati di mana-mana sahaja melalui telefon pintar. Maka kesemua jenis pemain MP3 seperti iPod sudah tidak lagi diperlukan dan layak pergi ke alam sebalik mata.
Namun kita tidak boleh menafikan sumbangan besar iPod dalam membunuh pemain MP3 tradisional sehingga dapat melahirkan telefon pintar. Jadi macam mana kelahiran iPod telah merevolusikan dunia?
Semuanya bermula apabila Steve Jobs merasakan pemain MP3 Rio sangat sukar dikendalikan walaupun itu adalah yang terbaik dalam pasaran. Tapi hanya beliau seorang sahaja yang merasakan kesukaran itu lantas terus berjumpa dengan Phill Schiller dan Jon Rubenstein untuk berbincang mengenai MP3.
Mereka semua bersetuju bahawa kesemua pemain MP3 yang wujud di muka bumi ketika itu sangat menyusahkan. Mereka menyatakan MP3 tradisional sangat tidak mesra pengguna kerana bersaiz besar, memori kecil, asyik lag dan interface yang kompleks.
Bagi mengatasi masalah itu, Steve Jobs berimpian untuk menghasilkan MP3 yang smooth, bersaiz poket dan boleh memuatkan begitu banyak lagu. Masalahnya, Steve Jobs tidak miliki idea untuk menciptakan MP3 seumpama itu. Steve Jobs bernasib baik kerana pihak Toshiba telah mempamerkan prototaip MP3 yang bersaiz poket dengan kapasiti 5GB kepada Jon Rubenstein.
Berbekalkan prototaip tersebut, Apple telah mengarahkan Tony Fadell untuk mengetuai eksperimen menghasilkan MP3 yang sama dalam fikiran Steve Jobs. Untuk itu, Tony Fadell perlukan masa yang agak lama untuk menghasilkan MP3 kerana pasukan beliau miliki kesukaran untuk menghasilkan interface.
Hal ini demikian kerana, Steve Jobs telah meminta pasukan Tony Fadell untuk menghasilkan interface yang memerlukan pengguna lakukan 3 klik untuk mengakses lagu. Jadi fikir punya fikir, pasukan Tony Fadell akhirnya berjaya hasilkan interface dengan punat berbentuk bulat bagi memudahkan pengguna mencari ribuan lagu.
Setelah itu, barulah iPod dilancarkan bersama iTunes berharga $399 yang dianggap agak mahal pada tahun 2001. Sayangnya iPod tampak seseolah agak gagal kerana hanya sekitar 125,000 unit sahaja berjaya dijual. Kekurangan itu segera diatasi oleh Apple dengan menawarkan iTunes di Windows yang sebelum ini hanya terdapat di MacOS sahaja. Penambahbaikan itu telah membuatkan angka jualan iPod meningkat kepada 4 juta unit pada tahun 2004.
Secara tidak langsung kesemua MP3 tradisional telah berjaya disingkirkan oleh Apple. Syarikat-syarikat penghasilan MP3 secara perlahan-lahan untuk mengikuti ciri-ciri yang ditawarkan oleh iPod.
Kejayaan iPod ini masih lagi belum dapat memuaskan hati Steve Jobs dan Apple. Kebetulan juga Steve Jobs menyedari telefon pintar yang wujud ketika itu sangat sukar dikendalikan. Sistem touch screen sudah wujud tetapi dipadankan dengan keypad yang agak renyah.
Maka Steve Job telah meminta pasukan Tony Fadell untuk menghasilkan iPod yang miliki kad sim, sambungan internet dan boleh buat panggilan telefon. Selepas pelbagai eksperimen dilakukan, pasukan Tony Fadell berjaya menghasilkan prototaip yang segera merevolusikan penghasilan telefon pintar. Akhirnya iPhone generasi pertama telah dilancarkan dengan touch screen, skeumorfik interface dan home button.
Pada mula ramai yang mentertawakan Apple kerana teknologi yang digunapakai oleh iPhone sangat asing. Namun tanpa disangka-sangka, iPhone telah mendapat permintaan tinggi sehingga menyebabkan kesemua syarikat telefon pintar mula mengadaptasi design iPhone. Selepas itu semuanya telah menjadi sejarah apabila inovasi Apple kekal menjadi ikutan syarikat lain.
Kesimpulannya apa yang diperlukan sebelum menjual apa-apa produk adalah anda perlu mencari dahulu masalah dihadapi pelanggan. Sebagai usahawan, anda perlu tawarkan produk untuk selesaikan masalah itu. Jika berjaya, produk anda akan tetap menjadi pilihan pelanggan dalam jangka masa yang lama.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar