Artikel Terkini

Isteri sara keluarga guna upah RM18 sehari — MYKMU.NET

Isteri sara keluarga guna upah RM18 sehari — MYKMU.NET
Isteri sara keluarga guna upah RM18 sehari — MYKMU.NET 1
Isteri sara keluarga guna upah RM18 sehari — MYKMU.NET 2
Maseetoh (dua dari kiri) bersama keluarganya di rumah milik ibu mentuanya di Kampung Bakau Kelibang, Langkawi baru-baru ini.

LANGKAWI – Seorang ibu kepada dua orang anak resah apabila kehidupan mereka menjadi sukar setelah suaminya tidak lagi berupaya melakukan kerja berat sejak dijangkiti Covid-19 pada Januari lalu.

Menurut Maseetoh Changwang, 34, suaminya, Mohamad Rusydi Rashid, 33, kini dalam keadaan lemah kerana mengalami masalah paru-paru dipercayai akibat Long Covid atau sindrom Post Covid.

“Suami tidak mampu lagi me­nyara keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti memotong rumput dan mencari ketam nipah kerana cepat penat walaupun sekadar berjalan ke bilik air.

“Disebabkan itu, kami jadi hilang punca pencarian kerana selama ini suami yang bekerja dan saya hanya menolong setakat mampu kerana sedang mengan­dung tujuh bulan anak ketiga kami,” katanya baru-baru ini.

Tambahnya, dia bekerja sebagai pembantu di koperasi Sekolah Kebangsaan (SK) Kelibang dengan upah RM18 sehari selain menjual air minuman pada Ramadan ini dengan pendapatan tidak menentu.

“Jika hujan lebat, tiada hasil pada hari itu. Kasihan anak sulung saya yang masih kecil terpaksa membantu mengangkat barang niaga yang berat dalam hujan,” ujarnya.

Selain itu, katanya, dia sekeluarga tinggal bersama ibu Mohamad Rusydi, Norhiyati Shariff, 58, yang kini sedang menunggu tarikh bagi melakukan pembedahan jantung kerana salur jantung tersumbat

“Sekarang ini kami banyak bergantung kepada wang yang diterima daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan zakat yang berjumlah RM500 sebulan,” jelasnya.

Maseetoh juga memberitahu, akibat masalah kewangan, dia masih belum membayar yuran Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) anak keduanya, Muhammad Zarif Rizki, 8, yang berjumlah RM150.

“Anak sulung saya, Muhammad Zaki Rizwan, 12, seorang pengawas hanya mampu menyarung uniform yang diberikan orang ramai,” ujarnya sebak.

Tambahnya, perkara yang membimbangkannya pada ketika ini adalah tiada siapa yang akan menjaga suami dan ibu mentuanya itu kerana akan melahirkan anak tidak lama lagi.

“Anak sulung saya juga ada masalah buah pinggang yang perlu dipantau dengan kerap,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik Mohamad Rusydi, 0200341100008080.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Isteri sara keluarga guna upah RM18 sehari — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list