Artikel Terkini

“Jaga kehormatan kita sebagai wanita” -Liza Hanim ‘nasihatkan’ Kak KM

“Jaga kehormatan kita sebagai wanita” -Liza Hanim ‘nasihatkan’ Kak KM
"Jaga kehormatan kita sebagai wanita" -Liza Hanim 'nasihatkan' Kak KM 1

Baru-baru ini tular di media sosial apabila usahawan jamu sensasi Kak KM memuat naik satu video menyusukan bayinya di sebuah restoran mewah.

Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada warganet kerana ada sesetengah pihak mengatakan yang tindakan seperti itu tidak wajar memandangkan ramai mata yang melihat.

Walaupun ramai yang sedar bahawa anak kepada dramatis terkenal, Normah Damanhuri itu ‘kebal’ dengan kecaman, namun masih ada yang sudi menitipkan nasihat dan teguran kepadanya atas dasar tanggungjawab sesama wanita.

Salah seorang yang menyuarakan rasa kurang senang tersebut adalah penyanyi terkenal, Liza Hanim apabila dia menulis di Instagramnya berkenaan isu menyusukan anak di khalayak ramai bagi golongan ibu terutamanya wanita Muslim.

 

"Jaga kehormatan kita sebagai wanita" -Liza Hanim 'nasihatkan' Kak KM 2

Secara jujurnya, Liza Hanim amat menyokong tindakan usahawan viral itu untuk melakukan breastfeeding kepada bayinya kerana itu merupakan perkara yang harus dibuat bagi seorang ibu.

Namun, sebagai seorang Muslim, dia merasakan tindakan menjaga aurat terutamanya kawasan ‘private’ lebih utama kerana boleh menjadi pandangan negatif sesetengah pihak.

"Jaga kehormatan kita sebagai wanita" -Liza Hanim 'nasihatkan' Kak KM 3

 

"Jaga kehormatan kita sebagai wanita" -Liza Hanim 'nasihatkan' Kak KM 4

Tambah penyanyi itu lagi, teguran yang dibuat olehnya ini tiada kena mengena sama ada berkenaan berhijab ataupun tidak. Ia lebih kepada mnjaga kehormatan sebagai seorang wanita agar tidak dipandang serong oleh orang lain.

Oleh itu, dia juga menitip sedikit pesan untuk semua wanita termasuk dirinya supaya menjaga kehormatan diri dan berharap setiap usaha kita diberkati oleh Allah S.W.T.

"Jaga kehormatan kita sebagai wanita" -Liza Hanim 'nasihatkan' Kak KM 5

Perkongsian daripada Liza Hanim itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan nasihat yang diberikan penyanyi berkenaan kepada para ibu yang mempunyai bayi yang masih menyusu.

Mereka juga berharap apa yang ditunjukkan sebelum ini tidak menjadi ikutan kerana boleh mencemarkan kehormatan diri sendiri.

Sumber: Instagram Liza Hanim


"Jaga kehormatan kita sebagai wanita" -Liza Hanim 'nasihatkan' Kak KM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list