Infotainment

Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan

Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan
Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan 1

NVIDIA dijangka akan memperkenalkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti mereka dalam masa terdekat ini, tetapi rekaan model kad grafik tersebut keluaran EVGA, yang dinamakan EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN telahpun tertiris ke arena internet dan ia memperlihatkan beberapa butiran yang cukup menarik sekali.

Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan
Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan 7

Secara teknikalnya, kad grafik ini masih hadir dengan rekaan kad yang sama berdasarkan rekaan penyejuk yang diperlihatkan, akan tetapi menurut QuasarZone, yang meniriskan rekaan kad grafik ini, ia hadir dengan papan litar yang berbeza daripada kad grafik RTX 3090 mereka.

Ia bukan sahaja dilihat akan hadir dengan cip grafik NVIDIA Ampere yang lebih baru, tetapi juga akan menggunakan memori GDDR6X yang lebih pantas pada kadar 21Gbps. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah kad grafik ini dilihat akan hadir dengan kadar penggunaan kuasa setinggi 1275W.

Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan 3
Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan 8

Untuk ini, kad grafik ini dilihat akan menggunakan dua palam kuasa 12-pin PCIe yang dilihat adalah sesuatu yang pertama untuk sebuah kad grafik, kerana sebelum ini ia dilihat bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 juga hanya menggunakan satu palam kuasa 12-pin.

Dari segi penggunaan kuasa juga, kad grafik RTX 3090 Ti KINGPIN ini dilihat akan menggunakan sehingga 750W kuasa lebih banyak berbanding model RTX 3090 KINGPIN. Kad grafik ini dijangka salah satu daripada beberapa model yang akan memerlukan bekalan kuasa dengan nilai Watt yang sangat tinggi.

Sumber: VideoCardz

Kad Grafik EVGA RTX 3090 Ti KINGPIN Dilihat Akan Memerlukan Dua Palam Kuasa 12 Pin Untuk Dihidupkan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo