Artikel Terkini

“Kami adik-beradik sporting” – Kak KM komen video susukan anak, menari depan lelaki

“Kami adik-beradik sporting” – Kak KM komen video susukan anak, menari depan lelaki
"Kami adik-beradik sporting" - Kak KM komen video susukan anak, menari depan lelaki 1

Usahawan sensasi Kak KM tampil menjelaskan berhubung video memaparkan dirinya menyusukan anak di tempat awam sehingga mengundang kecaman warganet, baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama mStar Online, pemilik nama Liana Rosli itu berkata, dia tidak menyusukan anak bongsunya Cinta Carrisa di khalayak ramai selain tidak menampakkan bahagian tidak sepatutnya.

“Tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naikpun bukannya menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.
“Kemudian, tak kan saya nak susukan anak di dalam tandas? Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi video turut menjadi bualan warganet memperlihatkan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu menari di hadapan sekumpulan lelaki yang terdiri dalam kalangan ahli keluarganya.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial.
“Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, Kak KM mengakui kecaman yang diterima menjadi satu strategi pemasaran dalam perniagaan yang diusahakan selama ini namun meminta warganet tidak ‘menyerang’ ahli keluarganya.

“Kalau saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab sakit hati dengan semua kecaman.
“Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.
“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan ‘sentuh’ ibu dan adik-beradik saya. Itu memang boleh buat saya marah,” kongsinya lagi.

Sumber: mStar Online (Farol Hadi) , Instagram Liana Rosli


"Kami adik-beradik sporting" - Kak KM komen video susukan anak, menari depan lelaki 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list