Artikel Terkini

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET
Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET 1

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET 2

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO]

BERPULUH tahun menderita sakit misteri akibat disihir, pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias berkata dia sudah ikhtiar dengan pelbagai kaedah perubatan termasuk bertemu pakar kulit.

Jelas Kazim, doktor bagaimanapun tidak dapat mengesan masalah kulit dialaminya dan hanya menganggap ia penyakit biasa yang sering dialami oleh orang tua.

“Sebelum datang sini pagi tadi saya dah jumpa dua pakar dan mereka kata saya tiada sakit apa. Mereka kata saya dah tua dan ini penyakit orang tua

“Sebab itu saya kata tolong bantu saya sebab saya dah guna pelbagai usaha. Saya dah buat lima pembedahan dan saya masuk MRI lebih dari lima kali untuk tengok penyakit saya.

“Ramai yang tolong saya pun surrender tak boleh buat. Mungkin keadaan saya teruk sebab itu saya orang yang betul-betul boleh bantu dan sama-sama dengan yang lain doakan saya,” ujarnya.

Kazim berkongsi kisahnya itu ketika diitemu bual program Meletop pada Selasa malam.

Berkongsi lebih lanjut tentang hal itu, Kazim yang mengalami penyakit misteri sejak 1997 berkata, apa yang dilalui menyebabkan dia berasa tertekan.

Bengkak, kulit berdarah

Kongsi beliau lagi, keadaan bengkak di telinganya tidak dapat dipastikan punca dan jenis penyakit namun keadaan sama pernah berlaku di bahagian kakinya yang apabila diusik akan menyebabkan kecederaan lagi parah.

“Tiba-tiba saja naik, pengamal perubatan tak tahu. Katanya normal. Saya tak berani usik, sebab pernah naik di kaki, bila usik rosak. Saya tak nak usik takut jejaskan muka saya.

“Di muka pula, ia hanya akan ada satu garisan dan keluar darah. Tiba-tiba je, saya tak usik tak garu, tak gatal. Sembilan doktor kata bukan ekzema, katanya ini normal untuk orang tua walhal umur saya tak sampai 50 tahun lagi.

“Di peha dan perut pun ada kesan yang sama seperti di kaki. Itu tak perlu marketing. Nama saya tak perlu marketing. Sewaktu berlakon saya banyak sorok dari kru filem, sampai tahap nak tunjukkan kulit, saya perlu tunjuk,” dedahnya.

Bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dalam usaha berdakwah dan terpaksa menggunakan solekan apabila berjumpa orang ramai.

“Selama ini saya terpaksa memakai solekan yang tebal apabila hendak keluar rumah. Saya rasa malu untuk berjumpa orang dan keadaan itu membuatkan saya jadi tertekan

“Walau dalam keadaan sakit saya tetap teruskan kerja-kerja berdakwah. Saya tidak mahu mengalah. Kesibukan juga membuatkan saya lupa seketika tentang sakit yang dialami.

“Bertahun-tahun saya tidak boleh tidur malam. Saya hanya boleh tidur dalam kereta. Syukur Tuhan masih berikan saya kekuatan dan tidak merasa letih,” ujarnya.

Dalam program tersebut juga, Kazim mendedahkan wajah sebenar beliau tanpa solekan terdapat kesan parut hitam akibat luka yang berlaku secara tiba-tiba.

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET 3

Selain itu, beliau turut memberitahu pendedahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk marketing termasuk sengaja mahu mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul Zim Zim Ala Kazim

“Pernah sebelum ini saya mandi menggunakan air yang dibaca dengan ayat suci al Quran dan jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Itulah perbuatan sihir… benda yang menyalahi ada dan kebiasaan kita.

“Saya dedahkan semua ini bukan untuk tujuan marketing kerana saya tidak perlukan semua itu,” jelas beliau.

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET 4

Secara eksklusif Ustaz Kazim memadamkan solekannya dalam program MeleTOP demi membuktikan masalah kulit pada wajah dan bengkak pada telinga kirinya adalah benar.

Tak boleh kencing

Dalam pada itu, Ustaz Kazim mendedahkan dirinya pernah berdepan detik perit apabila tidak dapat kencing selama sebulan.

“Bila saya tak boleh buang air kecil sebulan. Saya menggelupur sakit. Doktor tebuk pinggang saya, untuk keluarkan air kencing. Tapi saya teruskan berdakwah.

“Bila buat pembedahan, doktor dapati ada satu benda putih sangkut di saluran air kencing saya.

“Doktor cadangkan tarik keluar melalui saliran kencing. Selepas dua hari, doktor bagi penerangan, masa nak tarik benda itu makin lari makin ke atas dan hilang. Allahualam,” ujarnya.

Sementara itu, Kazim turut berkongsi amalan yang sering dilakukan sebagai pelindung dirinya.

Beliau juga reda jika sakit yang dialami ini menjadi punca kematiannya satu hari nanti.

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET 5

“Selepas menunaikan solat saya amalkan bacaan ayat Kursi dan juga ayat 56 surah Hud. Itu antara amalan yang membuatkan saya bertahan.-mSTAR/AA

“Jika sakit ini menjadi penyebab kematian, saya reda. Apa yang penting saya mahu mati dalam keadaan terus menyampaikan dakwah,” kata beliau.

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Kazim Elias Kongsi Derita Disihir..Reda Jika Sakit Misteri Ragut Nyawa, Mahu Mati Dalam Dakwah [VIDEO] — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list
Sidebar
error: Content is protected !!