Artikel Terkini

Keluarga Malaysia elemen penting rangka masa depan negara: Idris

Keluarga Malaysia elemen penting rangka masa depan negara: Idris
Keluarga Malaysia elemen penting rangka masa depan negara: Idris 1

ABU DHABI, 8 Syawal 1443H, Isnin Konsep Keluarga Malaysia adalah lambang komitmen kerajaan dalam memupuk perpaduan umat kerana ia merupakan elemen terpenting dalam merangka masa depan yang lebih gemilang bagi sesebuah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata meskipun Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan suku kaum, namun telah berjaya mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan antara kaum yang ada.

Berucap sempena persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia, beliau berkata, Malaysia, negara yang majmuk telah melaksana dan menterjemahkan fiqh al-ta’ayush yang meletakkan tiga prinsip utama dalam membina hubungan persaudaraan yang baik dengan seluruh komponen masyarakat.

”Pertama, persaudaraan sesama Islam (ukhuwah Islamiah), kedua persaudaraan sesama warganegara (ukhuwah wataniyyah) dan persaudaraan sesama manusia (ukhuwah basyariyyah).

“Persaudaraan sesama Islam merupakan idea sosial yang teragung sebagaimana firman Allah SWT “ Innamal mukminun ikhawan,” yang bermaksud:” Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.” (Surah al-Hujurat ayat 10)” katanya ketika berucap dalam bahasa Arab pada persidangan itu, di sini.

Idris berkata, ukhuwah basyariyah pula dilandasi oleh persaudaraan yang tumbuh dan berkembang atas nilai-nilai kemanusiaan sejagat tanpa mengira latar belakang kaum, agama, tradisi, kepercayaan dan budaya.

Justeru katanya Malaysia dikenali sebagai negara harmoni kerana menjamin kepelbagaian sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara.

Beliau percaya dan yakin bahawa perpaduan dan kesatuan antara umat Islam sedunia adalah sangat penting dalam menentukan pola hidup bermasyarakat (harmoni) dan menjamin kestabilan negara.

Katanya, amat rugi sekiranya ummah tidak memberikan penekanan kepada agenda perpaduan, kerana pastinya ia akan mendatangkan perpecahan dan seterusnya melemahkan umat Islam itu sendiri.

Bertemakan Perpaduan Islam: Konsep, Peluang dan Cabaran, persidangan yang berlangsung dari 8 hingga 9 Mei itu menghimpunkan tokoh Islam sedunia dan dirasmikan oleh Menteri Toleransi dan Kebersamaan UAE Sheikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Keluarga Malaysia elemen penting rangka masa depan negara: Idris 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list