Artikel Terkini

Kenapa Orang Amerika Kuat Makan Fast Food?

Kenapa Orang Amerika Kuat Makan Fast Food?
Kenapa Orang Amerika Kuat Makan Fast Food? 1

Amerika Syarikat memiliki segala-galanya. Buminya tidak pernah diratah musuh, berbeza untuk dibandingkan dengan Asia dan Eropah. Setakat konflik zaman James Madison dan Abraham Lincoln tidak membawa sebarang makna pada hari ini. Peluang ekonomi di Amerika terlalu melimpah ruah tetapi entah kenapa, rakyatnya masih menggilakan makanan segera (fast food). Terlalu gila sampai bertapaknya McDonald’s di Moscow dianggap kemenangan budaya kapitalisme mengatasi komunisme.

Tanggapan ini mengundang kajian yang mendalam. Kerana sifatnya bukan stereotaip. Untuk faham kajian ini, kena faham dua definisi “satu dalam empat” (25 peratus) dan “satu dalam lapan” (12.5 peratus). Amerika Syarikat mempunyai populasi dewasa yang sangat ramai. Satu dalam lapan populasi dewasa ini sedang bekerja. Manakala satu dalam empat pula makan makanan segera setiap hari. Korelasinya jelas.

Punca di sebalik sambutan besar ini kena tengok pada budaya juga. Makanan segera amat mengenyangkan dan murah di sana. Datangnya Richard dan Maurice McDonald dengan jenama mereka yang disebat Ray Kroc, industri makanan segera berubah habis.

Maurice dan Richard McDonald.

Mereka membawa pakej burger, kentang goreng dan minuman berkarbonat. Konsepnya pula mudah alih – boleh makan dalam kereta. Boleh makan di kedai, tetapi kerusi sengaja dibuat tidak terlalu selesa supaya cepat berambus.

Dan menu makanan segera juga sentiasa berubah. Apabila orang semakin bosan dengan burger, pemain industri bawa menu baru seperti roti balut (wrap) pula. Inti wrap ini masih menggunakan bahan yang sama. Menu baru. Tetapi dalamnya masih sama. Ibaratkan segelintir dalam kalangan pembaca. Hiaslah berbeza macam mana pun. Semua orang tahu kalian bujang tanpa peneman. Mesti datang segala buaya darat yang akan tinggalkan punya. Kenapa boleh jadi begini? Sebab dari awal dididik begitu.

Strategi Berlapis Generasi

Pasaran makanan segera tidak menumpukan perhatian pada golongan dewasa. Sasaran mereka selalunya kanak-kanak (CBS, 2002). Sebab mereka tahu – tarik kanak-kanak, dewasa mesti diheret sekali. Ibu bapa mesti mengalah jika anak meminta. Tidak kira bangsa mana sekalipun. Tetapi ibu bapa ada mentaliti berbeza. Jadi pemain industri tawarkan “chicken meals” yang kononnya lagi sihat dan sesuai untuk kanak-kanak, berbanding burger. Walhal dari segi lemak dan kalori, lebih kurang saja.

Sarapan di sana. Boleh lawan nasi lemak tak?

Sebab itulah pasaran makanan segera selalu menang di kawasan pekan dan luar bandar. Negeri Alabama paling banyak membaham makanan segera (Harksen, 2018). Cuba tengok peta dibawah:

https://datafiniti.co/wp-content/uploads/2019/01/datafiniti-regional-fast-food-restaurants-per-capita-1024×885-768×664.png

Rata-ratanya negeri berpekan dan luar bandar suka makanan segera. Manakala New York, California dan Washington – tiga negeri bandar raya – paling kurang dalam bab makanan segera. Aras perbandingan di sini adalah pembangunan, bukan kekayaan ekonomi. Texas adalah negeri kedua paling kaya Amerika Syarikat. Tetapi mereka masih meminati makanan segera.

Ada beberapa teori yang bantu memahami kenapa negeri berlaut kurang suka makanan segera. Salah satu teori adalah kerana migrasi. Dari dulu lagi, negeri berlaut adalah destinasi pendatang asing. Langkah pertama mereka ke bumi Amerika adalah selepas kapal berlabuh. Sampai saja di Amerika, mereka mencari kerja. Dan dapat kerja, mereka gemar masak di rumah kerana tidak begitu meminati makanan Amerika. Secara berperingkat, warga imigran membuka kedai makan yang dipenuhi bangsa sendiri.

Sekali orang Amerika makan, terangkat habis.

Pendatang Itali berkuasa di Amerika Syarikat dengan piza. Pendatang Arab pula berkuasa dengan nasi daging (gyro rice). Sebab itulah The Halal Guys boleh tapau habis gerai-gerai hot dog. Sebab sambutannya sangat dahsyat… disebabkan orang suka makan nasi gelak sampai tercekik apabila orang kulit putih cakap burger dan fries “kenyang”.

RUJUKAN:

CBS. (2002, Januari 31). Americans Are Obsessed with Fast Food: The Dark Side of the All-American Meal.

Harksen, L. (2018, Julai 3). Alabama ranks number one for the most fast food restaurants per capita. Whnt.

 

Kenapa Orang Amerika Kuat Makan Fast Food? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list