Artikel Terkini

Kenapa Pelarian Korea Utara Kembali Semula Ke Negara Asal

Kenapa Pelarian Korea Utara Kembali Semula Ke Negara Asal
Kenapa Pelarian Korea Utara Kembali Semula Ke Negara Asal 1

Bagi masyarakat Korea Utara, Korea Selatan umpama syurga yang mampu berikan harapan baru kepada kehidupan mereka. Ditambah lagi dengan lambakan K-Drama yang ditonton secara haram oleh mereka makin menguatkan lagi keazaman untuk lari ke Korea Selatan.

Mungkin masyarakat Korea Utara beranggapan apa yang terhidang di dalam K-Drama adalah gambaran tepat Korea Selatan. Mereka juga tahu selepas sahaja Perang Korea tamat, Korea Selatan telah menjadi antara negara termaju dan terkaya di dunia. Sementara itu, negara mereka boleh dikatakan terlalu miskin dan sangat terasing daripada dunia luar. 

Jadi senang cerita, K-Drama dan kemajuan Korea Selatan menjadi sebab terbesar masyarakat Korea Utara ingin melarikan diri. Namun apa yang peliknya, terdapat segelintir pelarian Korea Utara yang sudah menetap di Korea Selatan secara tiba-tiba telah kembali ke negara asal. Perkara ini membuatkan pemerintah Korea Selatan merasa bingung kerana pelarian Korea Utara telah dibantu dari aspek kewangan dan tempat tinggal.

Sebenarnya apa yang diharapkan oleh masyarakat Korea Utara ketika melarikan diri ke Korea Selatan meleset daripada jangkaan mereka. Sampai sahaja di Korea Selatan, mereka perlu mencari pekerjaan dengan cepat kerana kos sara hidup begitu tinggi. Buktinya, Kang Na-ra iaitu selebriti Youtube menyatakan ibunya terpaksa bekerja lebih masa semata-mata mahu menanggung kehidupan mereka ketika sampai di Korea Selatan pada tahun 2014. Kang Na-ra sendiri tidak menyangka bahawa keindahan Korea Selatan melalui K-Drama hanya ilusi semata-mata.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Terdapat juga pelarian Korea Utara yang mengatakan bahawa mereka terkena kejutan budaya ketika mula-mula sampai di Korea Selatan. Bukan itu sahaja, pelarian Korea Utara sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan ekoran persaingan yang begitu sengit. Kalau dapat pun, hanya kerja-kerja picisan sahaja.

Malah kawan pun tak ada kerana loghat Korea Utara yang sangat pekat dan sukar difahami oleh orang Korea Selatan. Jadi impian untuk miliki rakan persis Song Joong-ki dan Han Hyo-joo hanyalah khayalan semata.

Dengan kerja pun mungkin sekadar pengutip sampah, tak ada siapa nak kawan dan dianggap sebagai musuh oleh jiran-jiran ketika Korea Utara menguji peluru berpandu, membuatkan ada pelarian Korea Utara ingin menamatkan riwayat sendiri. Bayangkan di Korea Utara sengsara dan di Korea Selatan turut sengsara, tiada beza dan lebih baik pergi sahaja ke alam sebalik mata.

Itu sajakah yang menjadi sebab pelarian Korea Utara ingin kembali semula ke negara asal?

Ada lagi iaitu sebab terpencil seperti kerinduan terhadap keluarga. Terdapat beberapa kes secara tidak sengaja, rakyat Korea Utara telah pergi ke Korea Selatan tanpa sebab munasabah. Tindakan itu telah membuatkan mereka terputus hubungan dengan keluarga kerana Korea Selatan melarang sebarang interaksi dengan Korea Utara. Cara terbaik untuk mereka kembali bertemu dengan keluarga hanyalah dengan kembali ke Korea Utara.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Sebagai respon kepada kegagalan pemerintah Korea Selatan melindungi pelarian Korea Utara, terdapat beberapa K-Drama secara sinis menyindir pihak pemerintah. Watak Kang Sae-byeok melalui Squid Game memaparkan betapa sengsaranya kehidupan pelarian Korea Utara di Korea Selatan.

Kesimpulannya, hidup di kedua-dua negara di semenanjung Korea itu sama sahaja tahap kesukarannya. Apa yang beza adalah di Korea Selatan, anda miliki sedikit kebebasan untuk bergerak berbanding Korea Utara.

RUJUKAN:

Seo Yoon-jung & Hollingsworth, J. (2022, Febuari 19). Why some North Korean defectors return to one of the world’s most repressive regimes. CNN. Dipetik daripada https://edition.cnn.com/2022/02/18/asia/north-korea-defectors-return-intl-hnk-dst/index.html

Kenapa Pelarian Korea Utara Kembali Semula Ke Negara Asal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list