Artikel Terkini

Kenapa Sony Gagal Dalam Pasaran Telefon Pintar?

Kenapa Sony Gagal Dalam Pasaran Telefon Pintar?
Kenapa Sony Gagal Dalam Pasaran Telefon Pintar? 1

Apabila bercakap tentang Sony, pasti kita semua akan terimbas betapa powernya walkman sehingga mampu mencetuskan revolusi. Siapa yang pakai walkman dulu, memang kita panggil dia orang kaya sebab harganya agak sedikit tinggi

Walau bagaimanapun ketika dunia sedang dalam peralihan kepada telefon pintar, Sony seolah-olah gagal mengikut rentak yang sama. Kenapa jadi begitu, adakah Sony terlalu selesa dengan kejayaan ketika era walkman dan telefon bimbit?

Jawapannya ada di bawah:

1. Terlalu Mahal

Sony pada awalnya cuba bersaing dengan Apple untuk mengeluarkan telefon pintar premium. Namun bezanya adalah Apple jual branding dan merupakan peneraju pasaran telefon pintar. Sony pula baru sahaja mahu bertatih.

Jadi tak pelik jika Apple mampu jual iphone dengan cukup mahal. Sony nak buat perkara yang sama tapi sayangnya pelanggan merasakan Xperia terlalu mahal. Perkara itu membuatkan Sony sedikit demi sedikit kehilangan pelanggan.

2. Tak Nak Berubah

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Dah lah jual mahal lepas itu Sony tetap statik dengan kemudahan yang sama tanpa apa-apa perubahan. Sebagai contoh, Sony masih lagi kekal Android 1.6 pada ketika jenama lain telah menggunakan Android 2.1. Maka tidak berbaloi untuk dapatkan telefon pintar mahal tetapi teknologi sangat lapok.

Selain itu apa yang Sony tawarkan, boleh didapati dengan harga cukup murah melalui jenama telefon pintar lain. Sony tahu semua kekangan ini tetapi tetap tidak mahu berubah dan yakin pelanggan akan terus memilih mereka atas nostalgia lama.

3. Tidak Kenal Pelanggan

Nak jual apa-apa sekalipun, perkara paling utama yang anda perlu ambil maklum adalah kenali pelanggan. Kalau tak kenal dan cinta, bagaimana mahu menjual produk?

Inilah perkara yang Sony gagal lakukan. Padahal Sony miliki kelebihan daripada aspek speaker dan kamera telefon pintar. Sayangnya Sony tidak cuba memfokuskan target kepada pelanggan yang menggemari dua aspek tersebut. Sony hanya buat bereksperimentasi dengan harga untuk melihat sama ada pelanggan beli atau tidak.

4. Lambat Ikut Trend

Buat produk ikut trend tidak salah tapi pastikan ia tetap kekal relevan walaupun trend sudah berakhir. Seperti jenama telefon pintar lain, mereka cuba untuk membaiki kualiti kamera bagi menyaingi iPhone.

Tapi masalahnya Sony tidak ikut trend tersebut dan yakin kualiti kamera mereka mampu tarik hati pelanggan tetapi hakikatnya sangat teruk. Biarpun kesemua jenama telefon pintar dunia mendapatkan USP kamera daripada Sony, syarikat itu tetap gagal menjadi juara dalam kualiti kamera.

5. Partnership Yang Gagal

Ketika dalam era telefon bimbit, partnership antara Sony dan Ericsson boleh dikatakan agak berjaya kerana mampu memberi cabaran kepada Nokia. Tetapi apabila Sony memiliki keseluruhan saham Ericsson, partnership yang dulu tampak agak berjaya sedikit demi sedikit menuju ke lembah kegagalan.

Kenapa gagal pula?

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Sebelum ini Ericsson yang memainkan peranan penting dalam aspek pengiklanan telefon bimbit Sony. Pengambilan Ericsson telah menyebabkan Sony perlu membuat pengiklanan secara solo dan itu bukan kemahiran mereka. Pengakhirannya pengiklanan itu gagal dan pelanggan pun lari sehingga kerugian semakin ketara.

Kesimpulannya sifat ego terkadang boleh memakan diri hingga memberikan kesan yang buruk. Jadi jangan contohi sifat Sony dan cuba ajar diri untuk terima segala perubahan. 

Kenapa Sony Gagal Dalam Pasaran Telefon Pintar? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list