Artikel Terkini

Kereta terbabas, tiga beradik menemui ajal bersama

Kereta terbabas, tiga beradik menemui ajal bersama
Kereta terbabas, tiga beradik menemui ajal bersama 1

MARAN – Tiga adik beradik menemui ajal dan seorang lagi mengalami kecederaan parah akibat kemalangan setelah kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 165.9 di Lebuhraya Pantai Timur hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ketiga-tiga adik beradik disahkan meninggal dunia di lokasi nahas dalam insiden jam 7 pagi tadi.

Mereka yang maut merupakan Siti Fatimah Yusry, 20, dan penumpang iaitu Ahmad Basyir Yusry, 27, dan Saiedah Yusry, 15.

“Perodua Kancil dipandu oleh Siti Fatimah hilang kawalan lalu terbabas sendiri serta melanggar tembok pembahagi jalan sebelah kiri menyebabkan dua beradik lagi maut.

“Manakala seorang adik perempuan berusia 11 tahun  parah dibahagian kepala dan di bawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1)  Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1988. – MalaysiaGazette

Kereta terbabas, tiga beradik menemui ajal bersama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list