Artikel Terkini

Ketahui Cara Memilih Periuk Yang Boleh Menjaminkan Seumur Hidup

Ketahui Cara Memilih Periuk Yang Boleh Menjaminkan Seumur Hidup
Ketahui Cara Memilih Periuk Yang Boleh Menjaminkan Seumur Hidup 1

Periuk. Siapa je tak kenal periuk tu apa dan kebanyakkan orang di dunia ni semuanya pakai periuk.  Cuma yang menjadi perbezaannya, kita pandai memilih atau tidak periuk tersebut. Ini kerana, ada periuk yang bagus dan ada periuk yang tidak berapa bagus sangat. Begitu juga semasa memasak. Memasak ini memanglah seronok tetapi yang akan menjadikannya tidak berapa seronok apabila periuk yang kita guna itu cepat rosak. Bahkan, boleh mengakibatkan kecederaan pada diri kita. Haa lepas tu, mula lah tak ada mood dah. Lagi-lagi perempuan. Jadi, di sini saya akan menceritakan sedikit tips cara memilih periuk yang bagus dan juga akan kongsikan beberapa jenama yang terbaik di pasaran.

Ketahui Cara Memilih Periuk Yang Boleh Menjaminkan Seumur Hidup 2 Ketahui Cara Memilih Periuk Yang Boleh Menjaminkan Seumur Hidup 4 Ketahui Cara Memilih Periuk Yang Boleh Menjaminkan Seumur Hidup 6

Yang pertama, dalam kita memilih periuk, kita mestilah tahu jenis periuk yang hendak kita beli. Alumium, keluli, enamel serami, salutan teflon, titanium, marmar dan pelbagai lagi, semua dan setiap jenis kuali ini mempunyai kelebihan masing-masing seperti tidak melekat, ringan, senang di basuh dan pelbagai lagi. Kedua, Saiz periuk. Saiz periuk ini kita lihat pada kedalaman periuk tersebut kerana ia menentukan kuantiti makanan yang dapat dimuatkan dalam periuk tersebut. Ketiga, pemegang. Pemegang ni penting kerana kita akan selalu angkat dan letakkannya. Jadi, ia lebih baik cari periuk yang pemegangnya itu, ada skru. Yang terakhir, keempat, adalah yang paling penting iaitu permukaan periuk itu. Tapi ia ikut pada masing-masing juga. Kalau yang rata, sesuai untuk memasak telur ke, masak nasi goreng ke tapi kalau yang masak perlukan deep fried seperti nugget dan ayam goreng, lebih sesuai permukaan yang melengkung.

Jadi, itu sahaja yang saya tahu dalam memberi tips untuk membeli periuk. Pastikan anda beli periuk, carilah jenama yang boleh dipercayai seperti Tefal, Dessini, Velosan atau Carote.

Sumber: Harian Post, penulis: affiq (https://harianpost.my/tips-memilih-periuk-ini-jenama-terbaik-pilihan-popular/)

Ketahui Cara Memilih Periuk Yang Boleh Menjaminkan Seumur Hidup 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list