Artikel Terkini

Kisah Raja Xerxes Dari Parsi Yang Sebat Laut

Kisah Raja Xerxes Dari Parsi Yang Sebat Laut
Kisah Raja Xerxes Dari Parsi Yang Sebat Laut 1

Sepanjang lipatan sejarah raja dan pemerintah dunia, ada saja perkara aneh yang dilakukan mereka. Ada didorong oleh kecenderungan peribadi atau bagi menjustifikasikan niat di sebalik tindakan mereka. Salah seorang yang melakukan hal sebegini ialah Xerxes I yang memerintahkan laut disebat. Bukan sekali tetapi 300 kali!

Mengikut catatan Herodotus dalam manuskrip Historiesnya, Xerxes I telah mengatur persiapan sempurna untuk kempennya terhadap orang Yunani. Ini termasuk membina sebuah jambatan pontun bagi membantu tentera-tenteranya menyeberangi Selat Hellespont (kini Selat Dardanelles) sebelum mara dan menyerang negara-negara kota Yunani.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Xerxes I mempunyai sebab kuat untuk memerangi pihak Yunani. Ayahandanya, Darius I pernah menggerakkan kempen Parsi terhadap Yunani sebelum ini. Tetapi kempen tersebut berakhir dengan kegagalan terutama kekalahan memalukan di Maraton pada 490 SM. Kini, selepas berjaya menundukkan Mesir Purba dan Babylon, Xerxes berharap dapat membalas dendam terhadap musuh lama ayahandanya itu.

Justeru, jambatan pontun yang dibina pada 480 SM diharap cukup untuk menampung pergerakan lebih 300,000 tentera, haiwan tunggangan dan semua peralatan perang mereka. Tetapi sebaik tiba di sebelah Asia Hellespont, alangkah terkejutnya Xerxes melihat jambatan pontunnya musnah. Catatan Herodotus mendedahkan jambatan yang berukuran 1,300 meter itu musnah akibat ribut.

Murka dengan apa yang berlaku, baginda mengarahkan jurutera yang bertanggungjawab membina jambatan itu dihukum mati. Dan ini membawa kepada perilaku aneh Xerxes seperti yang dinyatakan di atas.

Tentera Parsi melibas laut dengan cemeti sebagai hukuman kerana mengundang kemurkaan Xerxes I.

Baginda mengarahkan sekumpulan tenteranya untuk melibas cemeti ke dalam air dan menyebat laut sebanyak 300 kali. Selain itu, mereka turut memanaskan besi panas untuk dicop pada laut. Sambil mengecop dan melibas, mereka melaungkan rasa marah yang meluap-luap terhadap laut. Tindakan ini seolah-olah menunjukkan bahawa Xerxes mempunyai kekuasaan terhadap laut dan tiada apa yang menghalangnya untuk menyerang Yunani.

Kelasi Parsi berdarah Phoenician membantu membina jambatan pontun Xerxes I.

Bagi mengelakkan perkara sama berulang, lebih 600 buah kapal digerakkan untuk membina jambatan pontun baru di sebelah utara dan selatan. Papan-papan kayu diletakkan di atas kabel yang diperbuat daripada serat flaks dan papirus dengan tanah dan ranting kayu diletakkan di atasnya. Skrin dipasang di setiap bahagian jambatan bagi membantu haiwan-haiwan tunggangan merentasi jambatan pontun tanpa rasa takut.

Tambah Herodotus lagi, perjalanan merentasi jambatan pontun ini berlaku selama tujuh hari tujuh malam. Tentera Parsi menggunakan jambatan utara untuk menyeberang Hellespont. Sementara ahli-ahli rombongan yang turut menyertai ekspedisi ini menyeberang menggunakan jambatan sebelah selatan.

Seperti dipaparkan dalam filem 300 dan 300: Rise of An Empire, serangan Parsi mengakibatkan negara-negara kota Yunani bersatu. Dan ini menjadi penyumbang kekalahan Xerxes terutama di Plataea dan Mycale pada 479 SM.

Tambah menyedihkan, apabila saki-baki tentera Parsi cuba kembali ke tanah air mereka dengan menyeberang jambatan pontun yang dibina semula ini, ia sudah tiada. Ini selepas jambatan berkenaan sekali lagi musnah akibat dilanda ribut. Ini sekaligus menjadikan usaha menyebat laut yang dibuat baginda sebelum ini bersifat sia-sia.

Kegagalan kempen ketenteraan Parsi di Yunani mendorong Xerxes memberi fokus kepada menyiapkan projek-projek monumen yang diusahakan Darius. Ini termasuk Apadana (tempat Raja Parsi bersemayam dan menerima kehadiran wakil-wakil asing), Tachara (Istana Darius) dan Perbendaharaan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi jika Xerxes merancang untuk kembali ke Yunani buat kali ketiga, hasratnya tergendala. Ini selepas baginda dibunuh oleh ketua pengawal diraja Parsi, Artabanus pada 465 SM. Bagaimanapun, kemangkatan baginda dibalas oleh puteranya Artaxerxes selepas mendapat tahu motif sebenar pembunuhan yang dilakukan Artabanus.

RUJUKAN

Stilwell, B. (2020, 29 April). An ancient king whipped the ocean to protect his troops – and it worked. We Are The Mighty.

Gillan, J. (2022, 11 Mei). Persian King Xerxes Ordered the Sea to be Whipped as Punishment. Ancient-Origins.

Kisah Raja Xerxes Dari Parsi Yang Sebat Laut 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list