Artikel Terkini

KKM tubuh HWCITF pastikan mutu perkhidmatan berkualiti, profesional

KKM tubuh HWCITF pastikan mutu perkhidmatan berkualiti, profesional
KKM tubuh HWCITF pastikan mutu perkhidmatan berkualiti, profesional 1

PUTRAJAYA, 12 Syawal 1443H, Jumaat – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan penubuhan satu badan bebas yang dinamakan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF).

Pasukan itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Profesor Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir dan dianggotai lapan individu profesional serta pakar dalam bidang masing-masing.

HWCITF ditubuhkan susulan insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang selain laporan dan aduan yang diterima berkaitan kejadian buli serta masalah tekanan mental yang dihadapi bukan sahaja oleh PPS malah kakitangan perkhidmatan kesihatan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan skop dan terma HWCITF merangkumi aspek budaya kerja serta pengurusan sumber manusia kakitangan kesihatan untuk memastikan penyampaian mutu perkhidmatan yang berkualiti dan profesional.

Beliau berkata HWCITF berperanan menganalisis serta menilai budaya kerja, pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan secara umum dan PPS secara khusus.

Khairy berkata ia juga akan menganalisis maklumat dan hasil siasatan insiden kematian PPS terbabit yang dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata HWCITF akan turut mencadangkan lantikan pihak perunding berkaitan kepada KKM bagi menyokong fungsi dan peranan pasukan petugas itu jika perlu serta menjalankan kaji selidik dan analisis yang berkaitan.

“HWCITF juga akan menyediakan laporan penilaian serta cadangan penambahbaikan budaya kerja dan pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan secara umum dan PPS secara khusus untuk dibentangkan kepada saya dalam tempoh dua bulan dari tarikh penubuhan,” katanya.

HWCITF dianggotai Datuk Hamidah Naziadin yang berpengalaman luas dalam bidang sumber manusia selama 31 tahun, pakar pediatrik Profesor Dr Zabidi AM Hussin, pakar perunding psikiatri Profesor Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif International Medical University (IMU) Dr Chong Su Lin.

Ia turut dianggotai Mohamed Redza Mohamed Abdulla (peguam), Manvir Victor (aktivis dan wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia), B. Sivaramakrishnan (pakar dalam reka bentuk organisasi dan kerja) serta wakil Jabatan Perkhidmatan Awam.

“KKM komited memperbaiki suasana kerja kakitangan perkhidmatan kesihatan secara amnya. Suasana kerja yang kondusif dan harmoni bermula dengan menghormati, menyokong dan sama-sama membantu rakan sekerja,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

KKM tubuh HWCITF pastikan mutu perkhidmatan berkualiti, profesional 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list