Artikel Terkini

Kunci Yang Mengubah Takdir Titanic

Kunci Yang Mengubah Takdir Titanic
Kunci Yang Mengubah Takdir Titanic 1

Setiap kali menjelang bulan April, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Kanada dan Ireland akan mengadakan upacara memperingati sebuah tragedi maritim yang meragut nyawa sebanyak 1,517 nyawa penumpang dan anak kapal mereka.

Negara-negara yang terlibat akan mengambil tempat di dalam hari peringatan ini kerana kelima-lima negara ini terpahat di dalam sejarah satu-satunya pelayaran RMS Titanic. Pendek cerita, Kapal ini dibina di Ireland Utara dan bergerak dari United Kingdom, singgah di Perancis dan Ireland sebelum meneruskan pelayaran menuju ke Amerika Syarikat. Kapal Titanic kemudiannya tenggelam berhampiran dengan perairan Kanada dan kebanyakan mayat yang tidak dituntut ini turut dikebumikan di sana.

Kalau sebut sahaja mengenai Titanic, sudah tentu punca penenggelaman kapal ini terjadi selepas kapal ini berlanggar dengan aisberg pada tepat jam 11.40 malam 14 April. Akan tetapi, tidak ramai yang tahu mengenai punca yang membawa kepada kecelakaan yang menimpa Titanic pada malam yang sejuk beku itu.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Ketika pelayaran Titanic dari Belfast ke Southampton, struktur pegawai-pegawai di Titanic telah bertukar. Pegawai yang asal, David Blair telah ditukarkan oleh Henry Tingle Wilde dari RMS Olympic yang sedang dinaik taraf di Belfast. Jika mengikut struktur asal, Ketua Pegawai merupakan William Mcmaster Murdoch, Charles Lightoller sebagai pegawai pertama dan David Blair sebagai pegawai kedua.

Pegawai-pegawai Titanic

Setelah berlaku pengstrukturan, Henry Wilde dilantik sebagai Ketua Pegawai, Murdoch sebagai pegawai pertama dan Lightoller sebagai pegawai kedua. Alasan kemasukan Wilde di dalam Titanic kerana pihak pengurusan mengatakan Wilde memiliki pengalaman yang luas dan paling senior di dalam kalangan pegawai-pegawai. Sebagai info, Wilde telah bermula karier sebagai anak kapal sejak 1889 sebagai pelatih anak kapal di atas kapal Greystoke Castle.

Sehari sebelum Titanic memulakan pelayaran, Blair telah meluahkan kekecewaannya di dalam sepucuk surat yang ditulis kepada kakak iparnya. Di dalam surat itu, beliau menulis  “This is a magnificent ship, I feel very disappointed I am not to make her first voyage.” ( Kapal ini sungguh gah, saya berasa sungguh kecewa kerana tidak dapat bersama-sama di dalam pelayaran sulungnya).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Secara tergesa-gesa, setelah meninggalkan Titanic, Blair turut membawa sama kunci loker yang mengandungi teropong untuk digunakan oleh pengawal kapal. Terdapat juga yang mengatakan Blair membawa sama teropong tersebut, namun teropong itu sebenarnya merupakan milik beliau dan teropong di dalam loker merupakan milik syarikat.

Poskad David Blair dan sebentuk kunci yang mengandungi teropong Titanic

Sewaktu Lightoller mengambil alih kedudukan Blair, beliau tidak menyedari keberadaan teropong tersebut dan sewaktu pengawal kapal, Frederick Fleet juga turut mengatakan dia tidak ternampak sebarang teropong sejak berlepas dari Southampton. Ketiadaan teropong inilah yang menjadi asas  kepada kemalangan maritim yang terteruk pada abad ke 20 di waktu aman ( bukan perang)

Mengenai Blair, Setelah “diturunkan jawatan” dari Titanic, beliau bekerja di atas SS Majestic sebagai pegawai pertama. Pada tahun 1913, seorang pekerja arang telah terjun ke dalam laut dan Blair pantas menyelamatkan pekerja tersebut. Tindakan Blair ini mendapat pujian dari akhbar New York Times dan beliau turut dianugerahkan pingat keberanian oleh Royale Humane Society.  Blair kemudiannya meninggal dunia pada 1955 dan menurut anaknya, tindakan bapanya itu menimbulkan rasa serba salah di dalam sepanjang hidup bapanya.

David Blair (kiri) di bersama-sama seorang pegawai SS Majestic

Kunci loker Blair yang mengandungi teropong Titanic itu kemudian diserahkan kepada Persatuan Kelasi Antarabangsa. Pada 22 September 2007, kunci ini telah dilelong oleh syarikat Henry & Alridge dan dibeli oleh Pengarah Eksekutif TESIRO China, Shen Dongjun dengan harga sebanyak 90 ribu Pound Sterling.

Kunci itu kini dipamerkan di Nanjing, China untuk tatapan umum.  Seandainya kunci itu ada, pasti Titanic akan terlepas dari aisberg dan selamat menuju pelayarannya ke New York.

RUJUKAN:

Dane, K. (2019, June 17). Titanic’s officer reshuffle. Titanic.

This little brass key could have saved everyone on the Titanic. History 101. (2022, April 11).

Staff, H. S. (2017, September 18). How a key was blamed for the sinking of the Titanic. HeraldScotland.

Kunci Yang Mengubah Takdir Titanic 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list