Artikel Terkini

Maghribi cipta sejarah mara separuh akhir

Maghribi cipta sejarah mara separuh akhir
Maghribi cipta sejarah mara separuh akhir 1

DOHA – Maghribi mencipta sejarah sebagai negara pertama dari benua Afrika yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022 kali ini.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung malam tadi di Stadium Al Thumama, Doha itu, skuad kendalian Walid Regragui  mengejutkan Croatia 1-0 dan mengesahkan kemaraan dalam temasya empat tahun sekali itu.

Ia menjadi pencapaian terbaik yang pernah diraih skuad itu di peringkat antarabangsa yang sebelum ini menewaskan pasukan gergasi Eropah iaitu Belgium dan Sepanyol dalam peringkat kumpulan dan pusingan ke-16.

Dalam aksi itu, Portugal menguasai perlawanan di atas padang sepanjang perlawanan.

Namun, Maghribi yang bermain dengan penuh berhati-hati dan kemas berjaya menantikan peluang sebelum mengatur serangan mengejut sebelum berjaya menjaringkan gol kemenangan itu menerusi tandukan Youssef En-Nesyri hasil hantaran Yahia Attiyat Allah pada minit ke-42 separuh masa pertama.

Portugal mendapat peluang keemasan untuk mengikat kedudukan seri dan menang menerusi Bruno Fernandez dan Pepe namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Pada minit masa kecederaan ke-92, seorang pemain Maghribi dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua malam tadi.

Namun, Portugal gagal memanfaatkan kelebihan melawan pasukan 10 pemain itu sebelum kecundang.-Agensi

Maghribi cipta sejarah mara separuh akhir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list