Artikel Terkini

Melawan Lupa: Mengenang Dosa Kleptokrat Durjana

Melawan Lupa: Mengenang Dosa Kleptokrat Durjana
Melawan Lupa: Mengenang Dosa Kleptokrat Durjana 1

ALKISAH, Hang Tuah berpergian ke Pahang setelah menjadi mangsa fitnah politik Istana Melaka. Perginya itu bukanlah saja-saja, bahkan atas perintah monarki jua. Kalau tiada mahu ia murka, bawakan pulang Tun Teja untuk dijadikan suri baginda.

Setelah berjaya menjalankan beberapa skim tipu muslihat melibatkan inang pengasuh Tun Teja sampaikan tunangan orang itu pun tewas termakan ilmu Hang Tuah, Tun Teja dibawa pulang ke Melaka. Cuma masalahnya sekarang, yang hendak menikah bukannya Tuah, tetapi ‘bossku’ kepada si Tuah.

Maka dalam perjalanan pulang dari Pahang itu, diberilah Tun Teja sirih jampi supaya lupalah Teja akan cintanya kepada si Tuah. Ada riwayat yang mengatakan Tuah memberinya ‘ubat pembenci’. Alangkah baiknya kalau ubat ini ada dijual di farmasi.

Membuat lupa adalah suatu kesaktian yang cukup ampuh dalam upaya politik, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Datuk Laksamana Hang Tuah dalam kisah yang entah betul entah tidak ini.

Membuat lupa adalah penting dalam usaha untuk memenuhi definisi politik si Harold Dwight Lasswell. Bahawa politik ialah siapa mendapat apa, bila dan bagaimana.

Namun tanpa berbekalkan sirih jampi Hang Tuah atau ‘ubat pembenci’ itu; bagaimana mungkin massa rakyat boleh dilupakan tentang perkara-perkara yang mahu dilupakan, lantas memberi sokongan kepada si anu atau si anu agar si anu itu tadi beroleh laba politik yang besar setelah saban tahun membuat onar di dalam negara?

Salah satunya adalah dengan mencipta naratif dan mengolah semula jalan cerita agar yang jahat boleh dilihat (walaupun untuk seketika cuma) sebagai orang baik.

Membina Naratif

Sebenarnya tidak susah untuk ‘menjual’ penjahat sebagai seorang hero. Dalam filem ‘Inglorious Basterds’ misalnya, watak Sarjan Werner Rachtman berjaya dijual oleh Tarantino sebagai seorang hero yang berani. Hakikat bahawa Rachtman itu seorang tentera Nazi boleh diketepikan, walau untuk sementara cuma.

Dalam satu babak, sekumpulan tentera Nazi dihabisi oleh gerombolan tentera berketurunan Yahudi Amerika diketuai Aldo Raine, diperankan Brad Pitt. Yang tersisa dibawa menghadap Aldo ‘The Apache’ tadi, untuk interogasi. Salah seorangnya, Werner Rachtman ini lah.

Sarjan Rachtman ternyata enggan bekerjasama, lalu diugut akan dibelasah sehingga mati menggunakan kayu besbol oleh seorang lagi anggota pasukan itu, yang diberi julukan ‘The Bear Jew’. Beruang Yahudi? Mungkin lah.

Apabila disoal Sarjan Donny Donowitz (sang beruang tadi), jika pingat Iron Cross yang diterimanya itu adalah imbalan untuk warga Yahudi yang telah dibunuh, Rachtman menjawab “Bravery,” dengan wajah yang tenang lagi selamba. Untuk sekelumit waktu, kita lupa dia seorang tentera Nazi celaka.

Upaya yang serupa turut dilakukan melalui filem dokumentari The Kingmaker (2019) yang memaparkan Imelda Marcos dan kisahnya sebagai si ‘tukang susun’ politik Malacanang di era suaminya, Ferdinand Marcos menjadi presiden Republik Filipina.

The Kingmaker

Usaha memanusiakan Imelda ialah usaha untuk melupakan orang tentang legasi Marcos, dan naratif itu nampaknya berjaya hari ini. Baru sahaja beberapa hari lalu Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr, menjuarai pemilihan presiden republik tersebut dengan jumlah undi yang luar biasa, menewaskan calon pilihan para idealis, Leni Robredo.

Padahal dalam pemilihan naib presiden pada 2016, Leni menewaskan Bongbong dengan marjin 263,473 undi.

Tiga tahun kemudian, The Kingmaker muncul sebagai upaya utama untuk memasarkan semula anak bini Marcos sebagai golongan yang disalaherti, malah menjadi mangsa ‘berita palsu’.

Memetik kata-kata Imelda dalam filem terbabit, “Perception is real, and the truth is not”. Persepsi ialah kebenaran! Kebenaran ternyata palsu. Atau paling kurang, boleh diperlihatkan sebagai palsu.

Kita rakyat Malaysia mungkin sangat kenal dengan watak seakan Imelda Marcos ini. Dalam sebuah laporan oleh Vice, diceritakan bagaimana anak-anak Filipina mengenali ‘Wanita Pertama’ itu dengan khabar bahawa beliau memiliki 3,000 pasang kasut.

Dengan jumlah itu, Imelda tidak perlu mengulang pakai satu pasang kasut untuk tempoh lapan tahun. Hari-hari bertukar kasut.

“Saya tidak memiliki 3,000 pasang kasut. Saya ada 1,060 (pasang)” kata Imelda pada tahun 1987.

Tujuh ratus dua puluh pasang (720) kini ditempatkan di muzium kasut Marikina di Metro Manila. 253 pasang dipamerkan kepada khalayak, manakala 467 lagi berada dalam simpanan. Ini termasuklah jenama-jenama besar seperti Charles Jourdan, Christian Dior, Gucci dan Oleg Cassini. Jenama terakhir itu kita tidak pernah dengar pun.

“Ketika saya menjadi Wanita Pertama, besar sekali tuntutannya. Saya mesti pakai yang cantik-cantik dan memperindahkan diri,” kata Imelda.

“Orang miskin sentiasa mencari ‘bintang’.” Bintang yang satu ini juga punya status jenayah yang serupa dengan beberapa watak yang mungkin kita kenali di tanah air. Pada November 2018, Imelda didapati bersalah menggubah wang berjumlah sekitar 200 juta dolar ke Switzerland sekitar tahun 70-an ketika berkhidmat sebagai gabenor Metropolitan Manila. Mahkamah memerintahkannya dihukum penjara antara 6 ke 11 tahun bagi setiap tujuh pertuduhan rasuah terhadapnya.

Apa status Imelda sekarang setelah dijatuhi hukum? Ya, Imelda juga sedang bebas dengan jaminan, dan sedang menunggu rayuan kesnya. Sementara itu, dia bebas muncul membawa naratif baharu dalam rangka memastikan anakandanya menjadi presiden republik yang pernah sengsara di bawah pemerintahan diktator suaminya, dan kleptokrasi dirinya sendiri.

‘Bossku’

Jika diunjur strategi ini ke tanah air kita; jelas sekali ada upaya yang sama sebiji untuk melupakan orang ramai terhadap fakta salah laku keluarga dan lingkaran rapat Najib Razak yang kini sedang diadili di mahkamah. Najib sedang giat diwarnakan sebagai jurubicara rakyat dan diberi julukan ‘bossku’.

Hatta gambar Najib dan isterinya Rosmah Mansor (yang turut punya senarai pertuduhan di mahkamah) menjadi tetamu dan rakan karib istana dipasarkan untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa pasangan ini seolah-olah dipayungi istana-istana, dan mustahil mereka berbuat salah. “Nanti diberi pengampunan diraja” kata orang, malah ada NGO yang sudah beriya mengusulkan supaya pengampunan diberikan, tanpa sehari pun pasangan kleptokrat ini meringkuk di dalam penjara dan menjalani hukuman mahkamah.

Baru sahaja semalam Najib diberikan tumpuan dan keistimewaan untuk berdiri sepentas dengan calon perdana menteri Pakatan Harapan, kononnya untuk berdebat. Padahal hakikatnya rancangan ‘debat’ itu adalah bertujuan untuk mengekalkan Najib sebagai watak yang relevan dalam politik, melupakan orang ramai terhadap dosa-dosanya terhadap negara dan berapa puluh lagi pertuduhan terhadapnya di mahkamah yang bakal dibicarakan.

Lihat sahaja penampilan Najib dalam majlis terbabit, dengan memakai suit biru, tali leher merah bersinar. Dia tahu benar bahawa dia akan ‘masuk tivi’. Pengikutnya akan menonton dan terus terpesona dengan watak pemimpin ulung yang dibawa. ‘Cash is king’ katanya. Kemudian disambung pula kononnya yang ‘king’ itu ialah rakyat. Lalu warga Facebook yang mengagumi penyamun ini pun bertepuk tangan, habis lupa tentang kes-kes yang berpuluh, masih menunggu giliran.

Lupa habis tentang bagaimana ‘kawaq’ ini dan keluarganya cuba lari meninggalkan negara pada malam 9 Mei 2018. Lupa bagaimana berkotak-kotak beg tangan mahal dan barang kemas diangkut keluar pihak polis menaiki beberapa trak. Lupa bagaimana kes SRC International sudah disahkan di mahkamah rayuan, dan kini kes 1MDB sedang berjalan; malah anasir-anasir yang terlibat di peringkat antarabangsa juga sudah dilenjan di mahkamah dan bermacam cerita dan bukti sudah dikeluarkan.

Lupa, sepertimana Imelda Marcos telah melupakan rakyat Filipina tentang salah lakunya. Lupa sepertimana Tun Teja yang diusung pulang untuk dinikahkan dengan raja Melaka.

Jadi perjuangan kita hari ini adalah untuk melawan lupa. Semakin dekat dengan PRU15, usaha untuk membuat lupa ini akan semakin giat dilaksanakan. Kita tidak boleh lupa. Itu temanya kali ini. 2018 dulu tema besarnya ‘Kita Mesti Menang’ kerana kita tiada pilihan lain selain untuk menang.

Sempena memperingati 9 Mei 2018, kita mesti melawan lupa! Khalas.

(Artikel tulisan saudara Izmil Amri ini asalnya diterbitkan di Imani dan diterbitkan kembali dengan izin)


Melawan Lupa: Mengenang Dosa Kleptokrat Durjana 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list