Kalau sebut saja nama Ratu Farah Diva pasti ramai yang sudah mengenalinya melalui video pick-up lines serta tarian pelik yang sering dilakukan di platform TikTok.
Jika sebelum ini tular video dia lancar melontarkan carutan kerana takut semasa main aktiviti ekstrem, kali ini timbul pula satu video memaparkan dirinya mengucap ketika bermain aktiviti yang sama iaitu flying fox.
Melalui video berdurasi 20 saat itu, individu yang menyelia aktiviti tersebut meminta Ratu untuk mengucap dua kalimah syahadah agar dapat mengurangkan rasa gemuruh.
Bagaimanapun, barang kali terlalu gementar untuk melakukan aktiviti itu, gadis tersebut bukannya mengucap dua kalimah syahadah tetapi dirinya membaca Ayat Kursi dan diikuti Surah Al-Ikhlas.
Susulan itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen kecaman kerana dia tidak membezakan Ayat Kursi dengan mengucap dua kalimah syahadah.
Biarpun ramai yang mengecam, ada juga sesetengah netizen berpendapat barangkali Ratu terlalu nervous hingga tertukar dua kalimah syahadah dengan Ayat Kursi.
Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit meraih lebih 170,000 tanda suka dan sebanyak 4 juta tontonan daripada warganet.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo