Artikel Terkini

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!
Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah! 1

Memandangkan tenaga lestari semakin menjadi tarikan di Malaysia, ramai rakyat tempatan kini menukar ke penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui secara separa atau keseluruhan di rumah mereka. Salah satu tenaga lestari yang paling popular yang telah mula diterima oleh rakyat Malaysia ialah tenaga solar, yang merupakan tenaga boleh diperbaharui yang paling mudah diakses berkat cuaca tropika negara kita.

Aplikasi tenaga solar yang paling biasa digunakan di kediaman ialah pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif untuk sistem pemanasan air di rumah. Di samping peningkatan aksesibilitinya, pemanas air solar mendatangkan banyak kelebihan kepada pemilik rumah seperti pengurangan bil elektrik dan manfaat mesra alam dalam jangka masa panjang sambil mengekalkan kecekapan yang sama seperti pemanas air tradisional. Penggunaan pemanas air solar adalah pilihan terbaik bagi yang berminat untuk memulakan penggunaan tenaga mampan sebelum melabur wang yang besar untuk penggunaan tenaga lestari secara meluas di rumah mereka.

“Walaupun terdapat peningkatan keperluan untuk pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif, kami mendapati masih ramai yang meragui untuk memasangnya di rumah akibat tanggapan yang salah terhadap penggunaannya. Sedangkan dengan kemajuan teknologi moden, pemilik rumah boleh memilih daripada pelbagai pilihan mengikut keperluan dan keadaan rumah untuk menikmati manfaat penggunaan sistem ini dengan sepenuhnya,” menurut Encik Mok Gim Kaw, Penasihat Kanan Produk SolarMate, pengeluar terma solar pertama yang diperakui di Malaysia yang bekerjasama dengan Waterco Malaysia untuk menyediakan penyelesaian penapisan dan pemanasan air yang komprehensif kepada pelanggan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan dan pertanyaan mengenai pemasangan dan penggunaan pemanas air solar, berikut adalah beberapa penjelasan yang menghapuskan mitos tentang sistem ini!

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!
Pemanas air solar semakin popular sebagai sumber tenaga alternatif yang mampan untuk rumah.

Mitos #1 Pemanas air solar hanya berfungsi pada hari yang cerah

Pertama sekali, mari kita fahami bagaimana pemanas air solar berfungsi. Pemanas air solar menggunakan tenaga sinaran matahari untuk memanaskan air sejuk dan memindahkan air yang dipanaskan ke dalam tangki simpanan yang sedia untuk digunakan. Selepas pemeriksaan keadaan bumbung rumah anda dan penentuan saiz tangki air, peranti pemanasan yang mempunyai panel solar di permukaannya akan dipasang di atas bumbung anda.

Memandangkan sistem ini menggunakan sinaran solar untuk memanaskan air, ia masih boleh berfungsi pada hari mendung kerana keadaan cuaca tidak akan menghalang sinaran matahari. Walaupun output maksimum pemanas air solar mungkin berkurangan waktu cuaca mendung, sesetengah pemanas air solar dipasangkan dengan sistem pemanasan sokongan untuk menghasilkan air yang telah dipanaskan ke suhu yang diperlukan. Ia juga boleh dipasangkan dengan sistem sokongan elektrik untuk meningkatkan operasi apabila diperlukan untuk memastikan bekalan air panas berterusan waktu cuaca yang tidak diingini.

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!
Pemanas air solar menyimpan air yang dipanaskan dalam tangki untuk penggunaan segera dan masa hadapan walaupun dengan cahaya matahari yang tidak mencukupi.

Mitos #2 Lebih besar, lebih baik

Tidak sama sekali! Pemanas air solar dipilih dan dipasang berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memaksimumkan kecekapan kos. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang pemanas air solar di rumah ialah bilangan penghuni rumah, kapasiti penyimpanan air panas, struktur bumbung dan banyak lagi faktor lain demi pemilihan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Berdasarkan bilangan ahli keluarga, anda boleh memilih pemanas air solar dengan kapasiti tangki kecil atau besar yang mampu membekalkan jumlah air panas yang mencukupi untuk penggunaan semua. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk pemasangan dan penyelenggaran yang lebih daripada apa yang diperlukan. Jadi ingat untuk berbelanja untuk apa yang diperlukan sahaja!

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!
Tentukan penggunaan air panas dan bilangan pengguna sebelum memasang pemanas air solar untuk mengelakkan kos yang tidak perlu.

Mitos #3 Pemanas air solar memerlukan penyelenggaraan yang banyak

Kos penyelenggaraan yang tinggi adalah salah satu kebimbangan utama pemilik rumah apabila mereka mempertimbangkan pemasangan pemanas air solar. Sebenarnya, sistem ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimum jika ia dipasang dengan betul dan diservis secara berkala oleh pembekal yang boleh dipercayai. Adalah dinasihatkan untuk menjadualkan servis dan pemeriksaan produk setiap 4 hingga 5 tahun untuk memastikan pemanas air solar anda berada dalam kefungsian optimum.

Pemanas air solar direka untuk bertahan dan biasanya ia boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun. Walaupun ia memerlukan penyelenggaraan yang minimum dalam jangka hayat penggunaan, ia masih boleh mencapai kefungsian maksimum dan mengurangkan kos elektrik dalam jangka masa panjang jika ia diselenggara dengan betul.

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!
Hubungi pembekal anda untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala jika perlu untuk memanjangkan jangka hayat pemanas air solar anda.

Mitos #4 Pemanas air solar hanya dapat menjimatkan bil elektrik dengan sedikit

Anda boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus daripada bil elektrik bulanan anda dengan menukar pemanas air elektrik tradisional anda kepada pemanas air solar! Walaupun pemasangan pemanas air solar lebih mahal daripada pemanas tradisional, ia menggunakan cahaya matahari yang percuma untuk berfungsi dan anda dapat menikmati pengurangan kos elektrik dalam jangka masa panjang.

“Pemanas air solar pasti boleh membantu mengurangkan penggunaan tenaga di rumah anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang akan menentukan kadar penjimatan elektrik selepas peralihan kepada sistem pemanas air solar. Jumlah air panas yang digunakan dan prestasi sistem adalah antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pemasangan. Oleh itu, sila rujuk pembekal yang boleh dipercayai untuk memilih pemanas air solar yang bersesuaian dengan keperluan anda dan pastikan penyelenggaraan dijalankan untuk mengekalkan kecekapan sepanjang penggunaan,” jelas Encik Mok.

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!
Kawal dan kurangkan bil elektrik dengan memasang pemanas air solar yang sesuai dengan ruang kediaman dan penggunaan air anda.

Anda lebih yakin untuk memasang pemanas air solar untuk rumah anda? Pastikan anda menghubungi pembekal profesional untuk memahami lebih lanjut tentang sistem ini sebelum memasangnya!

Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list