Infotainment

Netizen Tumpang Simpati Pemilik Honda Perlukan Minimum RM60,000 Untuk Baiki Semula Kereta Akibat Banjir

Netizen Tumpang Simpati Pemilik Honda Perlukan Minimum RM60,000 Untuk Baiki Semula Kereta Akibat Banjir
Netizen Tumpang Simpati Pemilik Honda Perlukan Minimum RM60,000 Untuk Baiki Semula Kereta Akibat Banjir 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Bencana banjir yang melanda negara bermula pada akhir bulan Disember 2021 lalu telah memusnahkan pelbagai jenis harta benda, lebih-lebih lagi kenderaan yang tidak sempat dialihkan ke kawasan yang lebih tinggi.

Ramai mangsa sudah membawa kenderaan mereka ke pusat servis bagi mendapatkan sebut harga untuk dibaiki, namun jumlah yang diberi sangat mengejutkan kerana rata-rata harganya bermula dengan lima angka.

Salah seorang pengguna Twitter, @ahmiqb telah berkongsi pengalaman sendiri apabila Honda CR-V yang baru diambil selama 6 bulan itu perlu membayar minimum RM60,000 untuk membaik pulih semula keretanya yang ditenggelami air banjir sehingga paras bumbung kereta baru-baru ini.

Ciapan tersebut telah meraih perhatian pengguna Twitter lain yang menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar @ahmiqb terus kuat dan dipermudahkan urusan untuk membaiki model SUV Honda itu.

Tambah orang ramai lagi, mereka selepas ini akan mempertimbangkan untuk mengambil perlindungan tambahan semasa memperbaharui cukai jalan sebagai salah satu persiapan andai kata berlaku sebarang kemalangan melibatkan bencana alam pada masa akan datang.

Salah seorang pengguna Twitter turut berkongsi perkembangan semasa dengan mendakwa keadaan semakin meruncing untuk membaiki kenderaan-kenderaan yang ditenggelami banjir kerana ada beberapa alat ganti memerlukan masa yang lama untuk sampai di pusat servis, lebih-lebih lagi bahagian alatan elektronik.

Pembekal tempatan masih ada yang tutup ekoran banjir, manakala pembekal luar negara pula terpaksa menunggu bahan-bahan yang masih tidak cukup pada pihak pembuat.

Semoga semua pihak yang terjejas akibat banjir terus diberikan kekuatan dan kerajaan dapat tampil memberikan inisiatif yang lebih efektif bagi meringankan beban yang sedang dialami oleh setiap mangsa.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dengan membalutkan kenderaan menggunakan plastik bersaiz besar, keluarga ini berjaya menyelamatkan kereta mereka daripada ditenggelami air banjir. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dahulunya Diketawakan, Cara Berkesan Keluarga Ini Selamatkan Kereta Daripada Banjir Kembali Tular

Orang Ramai Diminta Semak Semula Dengan Pihak Insuran Dan Takaful Untuk Proses Tuntutan Banjir

Impak Pasca Banjir, Syarikat Insurans Kereta Berdepan Tuntutan Sehingga RM3 Bilion


Netizen Tumpang Simpati Pemilik Honda Perlukan Minimum RM60,000 Untuk Baiki Semula Kereta Akibat Banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo