Artikel Terkini

Noor Nabila Reda Tiga Kali Keguguran

Noor Nabila Reda Tiga Kali Keguguran
Noor Nabila Reda Tiga Kali Keguguran 1

Kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila mendedahkan dia sudah keguguran sebanyak tiga kali.

Reda dengan ketentuan Allah, Nabila turut meminta mendoakan agar dia dan suami, Engku Emran dikurniakan rezeki zuriat.

BACA: “Jodoh, Ajal, Maut, Ini Semua Kerja Tuhan” – Noor Nabila

“Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden, namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insya-Allah,” katanya.

Menurut Nabila lagi, buat masa ini dia memberikan fokus kepada anak tunggalnya, Jebat Jayden yang kini semakin petah.

“Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang semakin membesar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.

“Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa,” katanya.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.


Noor Nabila Reda Tiga Kali Keguguran 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list