Artikel Terkini

Pas tak minta tujuh kerusi Exco Pahang

Pas tak minta tujuh kerusi Exco Pahang
Pas tak minta tujuh kerusi Exco Pahang 1

KUANTAN – Pas menolak dakwaan kononnya parti itu menuntut tujuh kerusi Exco dalam rundingan untuk membentuk Kerajaan Negeri Pahang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu mengadakan rundingan sebanyak dua kali dengan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya, dalam rundingan pertama, Pas telah menawarkan kepada Wan Rosdy untuk menjadi menteri penuh sekiranya Perikatan Nasional (PN) menjadi Kerajaan Persekutuan.

Atau sekiranya Wan Rosdy ingin kekal di Negeri Pahang, Pas setuju untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Pahang.

“Walaupun dia 16 kerusi, PN 17 kerusi, tapi kita consider untuk jalan penyelesaian bahawa kita pembentukan Kabinet ataupun Exco Negeri Pahang terdiri daripada 50-50.

“50 daripada PPN, 50 daripada Barisan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala jawatan lain seperti Speaker dicadangkan kepada PN dan Timbalan Speaker daripada Barisan Nasional. Menteri Besar daripada BN.

Timbalan Menteri Besar daripada PN, sementara masing-masing lima Exco BN dan PN.

“Dan pelantikan, ada lima lantikan ADUN. Ya, Kita buat oleh kerana beliau pegang Menteri Besar, kita cadangkan PN dapat tiga kerusi dan BN dua kerusi.

”Kami anggap bahawa ini adil ya kerana kedudukan kita hampir seimbang 16 dan 17 kerusi. Ya. Tetapi oleh kerana kita ada offer baru dan beliau maklum pada kami bahawa PH juga menghubungi beliau dan menawarkan dia sebagai Menteri Besar,” ujar Tuan Ibrahim.

Walau bagaimanapun, tambahnya, Wan Rosdy maklumkan pada Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Pahang bahawa Badan Perhubungan UMNO Ngeri membuat keputusan untuk kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) dan menolak kerjasama dengan PN.

”Walau bagaimanapun Tuanku minta supaya kami duduk bincang untuk adakan pandangan terakhir kalau-kalau ada ya kerana Tuanku sendiri melihat bahawa perlunya ada kerjasama dari parti-parti termasuk tiga-tiga parti komponen kalau boleh ya.

”Tapi dalam pertemuan terakhir di Syahzan dengan Tuanku Agong bersama dengan Pemangku, Wan Rosdy maklumkan pada kami kalaupun PN ingin bersama, dia hanya menawarkan satu kerusi Exco sahaja.

”Dan saya telah pada Tuanku bahawa kami menolaklah, sebab kita ada 17 ya. PH ada lapan diberi dua Exco. Jadi saya rasa ini sangat tidak adil dan kita buat keputusan bahawa kita kekal sebagai pembangkang negeri Pahang,” katanya.

Berdasarkan keputusan muktamad BN, Pas Pahang kekal sebagai pembangkang yang kompeten dalam pentabiran Kerajaan Negeri Pahang.

“Ya apa pun saya mengucapkan terima kasih banyak. Pertemuan sangat mesra, tidak ada perkara yang kasar, tidak ada apa pergaduhan. Kita hubungan baik dan kita mengakui masing-masing parti terikat dengan keputusan kepimpinan masing-masing,” katanya menerusi portal itu pada semalam.

PN Pahang akan meneruskan gerak kerja bagi PRU15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dan menjadikan kerusi DUN itu lebih kuat bagi menuju ke arah Pahang menjadi sebuah negeri yang dikuasai PN. – MalaysiaGazette

Pas tak minta tujuh kerusi Exco Pahang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list