Artikel Terkini

Pengerusi koperasi di Kedah direman enam hari

Pengerusi koperasi di Kedah direman enam hari
Pengerusi koperasi di Kedah direman enam hari 1

ALOR SETAR – Seorang pengerusi sebuah koperasi di Kedah direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di negeri ini melibatkan nilai RM20.3 juta pada 2015.

Perintah reman selama enam hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah pada pukul 3 petang semalam, berikutan maklumat terdapat beberapa syarikat dipercayai bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran projek berkenaan, pada 2015.

“Projek Penternakan Lembu Tenusu ini di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Economy Transformation Plan (ETP) yang bernilai RM20.3 juta…(tuntutan itu dibuat) kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sedangkan tiada pembekalan dibuat.

“RM20.3 juta ini merupakan nilai keseluruhan projek tersebut manakala nilai keseluruhan tuntutan dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu masih dalam proses semakan dan siasatan lanjut lagi,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 11 Jan lalu, seorang pengarah sebuah syarikat berusia 51 tahun dan seorang pemilik sebuah lagi syarikat berumur 52 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes yang sama.- BERNAMA

Pengerusi koperasi di Kedah direman enam hari 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list