Artikel Terkini

Penolong jurutera MBK mengaku tidak bersalah terima rasuah

Penolong jurutera MBK mengaku tidak bersalah terima rasuah
Penolong jurutera MBK mengaku tidak bersalah terima rasuah 1

KUANTAN – Seorang penolong jurutera hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000.

Mohd Yusrizal Md Ledza, 40, yang merupakan penolong jurutera Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Beliau didakwa melakukan kesalahan menerima suapan daripada seorang individu menerusi CIMB Bank Berhad cawangan Temerloh pada 7 Mac tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Yusrizal didakwa telah menerima suapan RM1,000 daripada wanita berusia 33 tahun yang dipindahkan secara atas talian ke dalam akaun miliknya sedangkan tertuduh mengetahui bahawa wanita terbabit mempunyai hubungan dengan tugasan rasminya.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh juga didakwa menerima suapan sebanyak RM1,000 daripada wanita sama di tempat sama pada 23 Mac tahun lalu.

Yusrizal didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan peruntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwaan Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raf’ah Izzati Abdul Mutalif menawarkan jaminan RM10,000  dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Yusrizal yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga menanggung anak dan isteri serta menyara ayahnya yang berusia 66 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan yang mana tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Cawangan Temerloh sebulan sekali bermula Februari dan menyerahkan passport sehingga kes selesai.

Hakim menetapkan 13 Februari ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan pelantikan peguam. – MalaysiaGazette

Penolong jurutera MBK mengaku tidak bersalah terima rasuah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list