Artikel Terkini

Penyebaran PASLeaks dibuat agar MN tidak digerakkan semula

Penyebaran PASLeaks dibuat agar MN tidak digerakkan semula
Penyebaran PASLeaks dibuat agar MN tidak digerakkan semula 1

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Penyebaran ‘PASLeaks’ dibuat oleh pihak yang tidak mahu melihat Muafakat Nasional (MN) digerakkan semula selain meningkatkan lagi kebencian kumpulan tertentu dalam UMNO terhadap PAS.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata PASLeaks, yang tular di media sosial, bukan minit mesyuarat atau sebarang perancangan sebaliknya suatu catatan yang tidak diketahui dibuat oleh siapa dan sama ada kandungannya benar atau ditokok tambah.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa itu berkata bagi UMNO, PASLeaks dilihat boleh mencetuskan semula polemik dua mazhab iaitu ‘UMNO Go SOLO’ dan ‘Muafakat Ummah.’

“Bagi penyokong mazhab Muafakat Ummah, tentulah berita yang diterima tanpa diketahui dengan jelas siapakah sumbernya, ditangani dengan cermat dan penuh tabayyun. Lebih baik bertanya kepada PAS dan menyelami sejauh mana agenda permuafakatan demi mengalahkan musuh yang berbeza ideologi masih kukuh dalam diri mereka,” katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata bagi penyokong mazhab itu, MN masih boleh digerakkan bagi memastikan matlamat kemenangan dua per tiga majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata bagi penyokong mazhab UMNO Go SOLO pula, berita yang tidak diketahui sumbernya itu disambut ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ kerana ia disebar secara meluas kepada ahli UMNO, ditambah dengan tuduhan yang membakar emosi bahawa ia ‘minit mesyuarat PAS untuk menghancurkan UMNO.’

“Matlamat akhirnya adalah PAS perlu dibenci oleh UMNO; MN mesti dibenam sedalam-dalamnya dan hanya dengan bertanding solo, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan mutlak dua per tiga majoriti.

“Ia kerana ketika ini, UMNO dalam posisi yang sangat kuat dan bukti daripada dua Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, UMNO telah diterima rakyat dan boleh menang besar jika PRU15 dilaksanakan sekarang,” katanya.

Beliau turut mengingkatkan pihak berkaitan agar membuat pertimbangan yang betul sebelum mendesak PRU15 diadakan.

Tun Faisal merujuk situasi pada PRU14 apabila Pegawai Khas Perdana Menteri ketika itu yakin BN akan menang besar dua per tiga majoriti dan mengajak meraikan kemenangan seawal 6.30 petang pada hari mengundi walaupun Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) meramalkan BN akan kalah dan hanya memenangi maksimum 90 kerusi.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa keratan dokumen didakwa merupakan minit mesyuarat PAS yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan BN. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Penyebaran PASLeaks dibuat agar MN tidak digerakkan semula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list