Artikel Terkini

PM arah misi mencari dijalankan secara rapi, sistematik

PM arah misi mencari dijalankan secara rapi, sistematik
PM arah misi mencari dijalankan secara rapi, sistematik 1

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengarahkan misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi, sistematik oleh semua jabatan kerajaan dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali hari ini.

“Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.

“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, dua mangsa melibatkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia.

Difahamkan dua daripada mangsa telah meninggal dunia dalam kejadian di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm itu.

Dalam pada itu, Anwar akan turun ke kawasan bencana malam ini bagi mendapatkan sendiri maklumat lanjut mengenai kejadian.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,” kata Anwar. – MalaysiaGazette

PM arah misi mencari dijalankan secara rapi, sistematik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list