Artikel Terkini

Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Naik, Malaysia Kini Antara Negara Tertinggi Di Asean Dalam Pemberian Gaji Minimum

Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Naik, Malaysia Kini Antara Negara Tertinggi Di Asean Dalam Pemberian Gaji Minimum
Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Naik, Malaysia Kini Antara Negara Tertinggi Di Asean Dalam Pemberian Gaji Minimum 1

Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Naik, Malaysia Kini Antara Negara Tertinggi Di Asean Dalam Pemberian Gaji Minimum

Selain masalah pengangguran, satu lagi masalah yang melanda rakyat malaysia pasca pandemik adalah kenaikan harga barangan harian, khususnya harga bahan mentah.

Peningkatan ini sekaligus memberi tekanan kepada rakyat, sekaligus menjadikan kos sara hidup juga meningkat, terutamanya dari segi pembayaran komitmen kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Peka dengan masalah tersebut, kerajaan dengan inisiatif Keluarga Malaysia telah meningkatkan gaji minimum dari RM1200 kepada RM1500 berkuat kuasa Mei tahun ini. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos sara hidup terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Naik, Malaysia Kini Antara Negara Tertinggi Di Asean Dalam Pemberian Gaji Minimum 3

Kredit: Human Resources Online

Untuk pengetahuan korang, terdahulu, Malaysia merupakan antara negara terendah di peringkat negara-negara ASEAN dalam pemberian gaji minimum sebanyak RM1200, menjadikan negara berada di belakang tiga negara jiran kita iaitu Filipina, Indonesia dan Thailand. 

Dua negara ASEAN seperti Singapura dan Brunei tidak termasuk dalam senarai ini kerana negara tersebut tidak mempunyai kadar gaji minimum mandatori yang ditetapkan. 

Kadar gaji minimum bagi negara Filipina ialah sebanyak 288.48 peso Filipina atau bersamaan dengan RM 1,360. Menurut data gaji minimum ini hanya diberikan di kawasan metropolitan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

Bagi negara Indonesia pula, kadar gaji minimum di negara tersebut adalah sebanyak 4,452,724 juta rupiah atau bersamaan dengan RM 1350. Namun begitu bagi negara Indonesia kadar gaji minimum jumlah itu diberi hanya di kawasan bandar seperti di Jakarta.

Kadar gaji minimum di Thailand pula adalah sebanyak 10,800 baht atau sebanyak RM 1350 berdasarkan data kemas terbaru bertarikh 31 Mac 2022.

Negara-negara ASEAN lain seperti Cambodia berada di belakang Malaysia dengan gaji minimum sebanyak RM 897 diikuti oleh Myanmar RM 323 dan Laos RM 305. Data lengkap maklumat gaji minimum ini boleh dilihat di sini

Malaysia kini menjadi antara negara ASEAN dengan pemberian gaji minimum paling tinggi

Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Naik, Malaysia Kini Antara Negara Tertinggi Di Asean Dalam Pemberian Gaji Minimum 4

Kredit: Harian Metro

Setelah pengumuman kenaikan gaji yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 Mei 2022 lalu, Malaysia kini telah menjadi sebuah negara yang mempunyai kadar gaji minimum tertinggi di seluruh kelompok negara-negara ASEAN dan setakat hari ini dari tempoh 31 Mac, masih tiada kemaskini terbaru berkaitan data peningkatan gaji minimum oleh  negara-negara ASEAN yang lain.

Peningkatan kadar gaji minimum ini diharap dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, seterusnya akan kekal atau meningkat dalam tempoh masa akan datang.

Maklumat berkaitan ucapan pengumuman berkaitan peningkatan kadar gaji minimum tersebut boleh klik di sini

Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Naik, Malaysia Kini Antara Negara Tertinggi Di Asean Dalam Pemberian Gaji Minimum 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list