Artikel Terkini

Ramai sedih lihat KL ‘terendam’ lagi -“Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi”

Ramai sedih lihat KL ‘terendam’ lagi -“Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi”
Ramai sedih lihat KL 'terendam' lagi -"Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi" 1

Mesti ramai yang baru ‘menikmati’ RM10,000 hasil dari Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lebih menggembirakan sudah tentu wang tersebut boleh dibelanjakan untuk hari raya yang bakal menjelma beberapa hari lagi dan juga untuk kegunaan masa hadapan.

Namun, boleh jadi duit yang dikeluarkan untuk tabungan masa depan terpaksa digunakan untuk keperluan membaiki kenderaan serta kediaman yang rosak disebabkan banjir kilat yang melanda ibu kota semalam.

Menerusi laporan dari media-media tempatan, hujan lebat yang melanda petang semalam membuatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dinaiki air dan ia sudah berlaku beberapa kali sejak akhir tahun lalu.

Ramai sedih lihat KL 'terendam' lagi -"Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi" 2

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nor Azam Budin telah berkongsi keadaan banjir kilat di Segambut dan meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan-kenderaan yang mungkin digunakan untuk berhari raya di kampung ‘terendam’ dek air banjir.

Boleh jadi kegembiraan menerima RM10,000 dari pengeluaran KWSP hanya sementara dan perlu digunakan pula untuk tujuan membaikpulih.

Ramai sedih lihat KL 'terendam' lagi -"Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi" 3

“Bayangkan, dalam kegembiraan nak raya. Keluar duit RM10k kwsp sebab nak buat persiapan dan survive selepas MCO And this happen? Semoga penduduk segambut dipermudahkan dari segala urusan banjir ni. Doakan utk dorg,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengakui berasa kasihan melihat nasib yang menimpa pemilik-pemilik kenderaan memandangkan banjir yang berlaku seakan mendadak.

Masing-masing tidak dapat menyelamatkan kenderaan dan pasrah sahaja dengan apa yang berlaku walaupun kurang dari seminggu hari raya bakal menjelma.

Ramai sedih lihat KL 'terendam' lagi -"Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi" 4

Ramai sedih lihat KL 'terendam' lagi -"Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi" 5

Ramai sedih lihat KL 'terendam' lagi -"Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi" 6

Sumber: Twitter Nor Azam Budin


Ramai sedih lihat KL 'terendam' lagi -"Baru suka nak raya dapat KWSP, lain pula jadi" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list