Artikel Terkini

Realiti Debat Politik Di Malaysia

Realiti Debat Politik Di Malaysia
Realiti Debat Politik Di Malaysia 1

KEMPEN pilihan raya persekutuan sedang berlangsung di Australia. Secara tradisinya, debat antara ketua parti akan berlangsung untuk mencabar idea dan manifesto yang ditawarkan kepada pengundi. Kali ini, pertembungan sengit berlaku antara parti Buruh pimpinan Anthony Albanese dan gabungan parti Liberal-Nasional yang diketuai Perdana Menteri, Scott Morrison.

Pada debat politik terakhir mereka 11 Mei lalu, Albanese menumpukan isu tentang yang melanda pekerja Australia dalam soal gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup akibat kecuaian kerajaan Morrison menguruskan krisis pandemik dan ekonomi Australia.

Parti Buruh turut mengkritik kelewatan Morrison menubuhkan suruhajya bebas anti rasuah peringkat pusat kerana mahu melindungi skandal rasuah rakan jemaah menterinya. Morrison mematahkan dakwaan ini dengan menawarkan perancangan ekonomi dan mendakwa parti Buruh hanya bermain sentimen politik sahaja.

Penganjur debat telah membawa 150 orang pengundi dikategorikan sebagai pengundi atas pagar untuk menilai perdebatan Albanese dan Morrison. Hampir 50 peratus pengundi yakin akan isu ekonomi dan integriti dibawa oleh Albanese, 36 peratus pula menyokong langkah ‘selamat’ Morrison dalam soal ekonomi, dan 16 peratus lagi tidak mampu membuat keputusan.

Walau apa pun, keputusan sebenar hanya diketahui kedua-dua parti pada hari mengundi 21 Mei nanti. Tetapi, perdebatan seperti ini telah memberi peluang kepada parti politik mendepani pengundi. Dan, pengundi pula dapat menilai sendiri pihak mana yang mampu meyakinkan mereka untuk memberi mandat menubuhkan kerajaan baharu Australia.

Itulah debat, satu seni berpolitik, dipenuhi dengan unsur pujuk rayu, megah, kritikal menyerang lawan dan kebijaksanaan menyusun kata-kata. Elemen-elemen ini akan menambah keterujaan penonton yang mengikuti rapat debat politik.

Rasa teruja ini mungkin dapat meningkatkan rasa ‘syok’ pengundi membuat keputusan, lebih-lebih lagi jika perdebatan dihangatkan dengan siri serang-menyerang hujah antara satu dan yang lain. Itulah sebahagian pandangan yang boleh digarap daripada Debat Perdana antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Sri Najib Razak pada 12 Mei lalu, yakni sehari selepas debat Albanese dan Morrison berlangsung.

Debat Politik Malaysia Kaku?

Debat politik di Malaysia ini amat ‘mahal’. Bukan senang rakyat boleh melihat debat politik antara parti atau pemimpin politik berlaku. Malah, untuk menunggu debat Anwar-Najib ini berlaku pun sudah mengambil masa hampir sedekad. Bermaksud, debat perdana antara pemimpin politik ini hanya berlaku dalam 10 tahun sekali.

Tidak dinafikan, debat politik di Malaysia kian mendapat sambutan selepas pendemokrasian dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir Putrajaya. Ia selari dengan aspirasi PH yang mahu melihat hak bersuara itu dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa perbezaan ideologi dan parti politik.

Berbeza dengan era pentadbiran parti terdahulu yang gemar menyekat kebebasan bersuara, membungkam debat dan dialog, sehingga ada yang didakwa menggunakan undang-undang drakonian.

Hakikatnya, semahal mana debat politik Malaysia, ia masih lagi kaku dan mendatar. Apa yang membuatkan Debat Perdana minggu lepas tidak menarik  adalah penilaian segelintir penganalisis politik yang membuat ulasan mengikut skema pemarkahan debat peringkat sekolah.

Debat tersebut berlangsung dalam keadaan rakyat sedang tersepit dengan peningkatan kos sara hidup dan kegagalan sistem politik negara mengajar pemimpin korup erti maruah dan integriti. Ulasan-ulasan mudah penganalisis politik, tanpa mengambil kira situasi semasa, telah mengendurkan rasa keterujaan rakyat menilai debat tersebut dalam perspektif yang lebih segar.

Akhirnya, rakyat akan mula bertanya ‘Kenapa nak kena ikut debat ini kalau semua hujah dan ulasan debat kemudian seperti syok sendiri?’. Kerana itu, ada yang berpendapat debat perdana itu hanya sekadar pentas untuk memastikan figura politik lama masih kekal bernafas dalam politik negara.

Apa yang lebih menakutkan rakyat adalah debat tersebut seperti membuka pintu buat sang Kleptokrasi berkuasa semula dengan menawarkan agenda ekonomi berpendapatan tinggi sedangkan rakyatnya bergaji rendah hampir dua dekad.

Debat Pemimpin Pencen

Entah kenapa, debat politik di Malaysia sering berlaku antara pemimpin politik ‘pencen’. Lihat sahaja bagaimana pentingnya debat pilihan raya di Australia yang melibatkan pertembungan Ketua Pembangkang, Anthony Albanese dan Perdana Menteri, Scott Morrison. Tetapi, debat politik di Malaysia sering melibatkan bekas Menteri atau Perdana Menteri sahaja.

Perdana Menteri di Malaysia seolah-olah fobia untuk berdebat. Najib Razak sewaktu dicabar berdebat ketika menjadi Perdana Menteri, sanggup menyatakan ‘debat bukan budaya politik Malaysia’. Tetapi, selepas menjadi ‘bekas’ Perdana Menteri, beliau antara pemimpin yang sibuk mencabar orang berdebat.

Malah, Perdana Menteri juga ‘liat’ untuk hadir ke Parlimen menjawab pertanyaan dan terlibat dalam sesi perbahasan dengan wakil rakyat. Dari sisi yang berbeza, Perdana Menteri Malaysia tidak mengalami banyak tekanan berbanding rakan-rakan Perdana Menteri di negara lain, yang perlu berdepan dengan perdebatan, di luar atau dalam parlimen, secara langsung.

Mungkin, kelemahan ini menjadi faktor Perdana Menteri Malaysia tidak kompeten mendepani segala persoalan dibangkitkan oleh rakyat.

Sebenarnya, lokus debat perdana antara Anwar dan Najib kurang tepat. Najib bukan lagi ketua parti atau Perdana Menteri yang mempunyai amanah menyelesaikan isu ketirisan Sapura dan ekonomi negara. Beliau berdiri atas kapasiti ‘bekas’ Perdana Menteri yang masih gagal move on daripada kekalahan partinya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Debat Politik Satu Norma Baharu

Sepatutnya, Ketua Pembangkang seperti Anwar Ibrahim perlu berdebat dengan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mempunyai tanggungjawab menyelesaikan isu rakyat dan kelemahan Sapura. Perkara ini lebih tepat kerana kedua-duanya mempunyai peranan dan jawatan dalam parti masing-masing.

Persoalannya, adakah Ismail Sabri berani berdebat demi mempertahankan gagasan Keluarga Malaysia dengan Ketua Pembangkang? Atau beliau hanya berani selepas pencen daripada jawatan Perdana Menteri?

Walau apa pun, siri perdebatan antara parti politik dan pemimpin negara perlu menjadi satu ‘norma baharu’ di Malaysia. Kelemahan yang ada dalam penganjuran perdebatan perlu diperbaiki, bukan dihentikan segera. Ini adalah jalan untuk memastikan politik negara lebih matang berbanding baling batu sembunyi tangan di media sosial.

Sekurang-kurangnya, debat politik ini dapat menimbulkan keterujaan untuk generasi baharu menilai politik berdasarkan fakta dan pandangan yang lebih segar. Berbeza dengan generasi terdahulu yang masih memandang debat ini satu perkara yang negatif dan hanya bercerita tentang kehebatan zamannya. Soalnya, apakah debat politik mampu menjadi budaya baru dalam politik Malaysia? Atau ia hanya mengikut trend semata-mata?


Realiti Debat Politik Di Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list