Artikel Terkini

Saintis Jumpa Bukti Monyet Minum Arak Dalam Hutan

Saintis Jumpa Bukti Monyet Minum Arak Dalam Hutan
Saintis Jumpa Bukti Monyet Minum Arak Dalam Hutan 1

Arak sudah wujud sejak zaman manusia prasejarah lagi. Setakat ini sudah banyak jag arak ditemui daripada Zaman Neolitik misalnya. Jadi arak wajar dikatakan sentiasa mendampingi manusia. Dan hanya Islam yang betul-betul melarang pengambilan arak. Agama Kristian dan Judaisme ada hukum-hakam sendiri, seperti boleh minum asalkan tidak mabuk (Cross & Livingstone, 2005).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi zaman sekarang mungkin banyak yang sudah berubah. Ramai dalam kalangan bukan Islam sudah menolak arak kerana tidak mahu jadi seperti ibu bapa mereka yang ada masalah mabuk.

Apa yang pasti di sini: arak menjadi suatu kebiasaan yang kemudian dikekang agama. Maka saintis tertanya-tanya – apa punca manusia suka arak? Ketagihan memang hujah yang baik. Cuma kalau tengok balik, dadah pun menyebabkan ketagihan. Namun ramai menentang dadah. Maka mereka cuba tengok kecenderungan monyet pada arak.

Dorongan Genetik Manusia Dan Monyet

Manusia, cimpanzi dan monyet mempunyai persamaan DNA yang ketara. Saintis membuktikan tiga spesis ini 96 peratus sama, tetapi macam mana DNA mereka berfungsi itu jelas berbeza (American Society of Human Genetics, 2012). Ada yang akan melenting cakap ini Teori Darwin.

DNA manusia dan DNA cimpanzi.

Dua benda kena jelaskan: 1) Charles Darwin tidak pernah cakap manusia berevolusi daripada beruk dan 2) DNA manusia dan DNA kucing 90 peratus sama (Ramsey & Lee, 2018).

Jadi istilahnya bukan evolusi… tetapi persamaan DNA. Melalui persamaan ini, saintis cuba faham jika monyet juga terdorong pada arak. Pada tahun 1990, Robert Dudley menjelajah Amerika Tengah untuk kaji tentang serangga. Tetapi entah bagaimana, perhatian Dudley teralih pada monyet kerana bukan main banyak tengah menjamah buah plum kuning (spondias mombin).

Plum kuning

Dan beliau mendapati memang monyet ada kecenderungan pada arak. Beberapa dekad kemudian, Teori Dudley dikaji saintis lain. Kali ini Christina Campbell ingin meluaskan pemerhatian Dudley secara analitikal dengan menggunakan monyet labah-labah (Simia paniscus) sebagai sampel kajian.

Setiap hari sebelum subuh Campbell akan masuk hutan untuk tengok aktiviti monyet. Selalunya monyet labah-labah akan bangun selepas Matahari terbit. Jadi Campbell perlu ada di habitat monyet seawal mungkin… dan kaji selama 12 jam.

Dapatan Analitikal Yang Mengesahkan Teori

Perangai monyet labah-labah memudahkan penyelidikan sains. Mereka akan kutip buah, gigit sekali dan terus buang. Mereka takkan makan sampai habis. Jadi Christina Campbell hanya perlu kutip buah-buahan yang dibuang ke tanah. Sisa buah menjadi “tapak kaki” monyet labah-labah.

Monyet labah-labah.

Ikut saja sisa buah mesti sampai pada habitat. Dan Campbell mendapati monyet labah-labah sangat suka pada plum kuning.

Pergi ke mana pun mesti jumpa plum kuning. Bawa masuk makmal untuk kaji zatnya. Dan Campbell mendapati ada kandungan ethanol dalam lingkungan 1 hingga 2 peratus dalam plum kuning. Maka dapatan ini mengesahkan Teori Dudley. Monyet memang suka arak.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi penemuan ini baru separuh jalan. Monyet labah-labah memang gigit sekali dan buang buah. Persoalan sekarang, berapa buah monyet yang sama gigit? Untuk tahu benda ini, kena uji pula sampel air kencing monyet. Satu kerja pula Campbell kena pantau pokok dan nampak saja jirusan air, kena tadah guna corong.

Hasilnya, mereka menemui memang tinggi kandungan alkohol dalam air kencing monyet labah-labah. Cuma perut monyet boleh menghadamkannya. Jadi monyet labah-labah amat menyukai arak – cuma mereka tidak mabuk.

Maka kepada pembaca yang minum arak…. malaslah nak cakap.

RUJUKAN:

American Society of Human Genetics. (2012, November 6). Humans, chimpanzees and monkeys share DNA but not gene regulatory mechanisms. Science Daily.

Cross, F., & Livingstone, E. (2005). Wine. The Oxford Dictionary of the Christian Church. Halaman 1767.

Ramsey, L, & Lee, S. (2018, April 6). Humans share almost all of our DNA with cats, cattle and mice. Independent.

Saintis Jumpa Bukti Monyet Minum Arak Dalam Hutan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list