Artikel Terkini

Sarat hamil, Mira Filzah tak sabar nak ‘apply’ pengalaman dalam dunia lakonan

Sarat hamil, Mira Filzah tak sabar nak ‘apply’ pengalaman dalam dunia lakonan
Sarat hamil, Mira Filzah tak sabar nak 'apply' pengalaman dalam dunia lakonan 1

Sejak pelakon cantik, Mira Filzah mengumumkan khabar gembira beberapa bulan yang lalu dan sekaligus menjawab tanda tanya di kalangan peminat membuatkan ramai tidak sabar untuk menantikan kelahiran aktres itu.

Semalam, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badiozaman memuat naik beberapa kepingan gambar di laman Instagram miliknya dan meluahkan keterujaan untuk melahirkan cahaya mata sulungnya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Mira memberitahu bahawa dirinya sentiasa terfikir cara untuk membawa dan merasai watak ibu hamil dengan meskipun dirinya belum merasai pengalaman yang berharga bagi setiap seorang wanita dalam kehidupan pada ketika itu.

“Masa aktif berlakon dulu, hampir setiap drama saya perlu lakonkan watak ibu hamil seperti Rahsia Hati Perempuan, Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan lain-lain.

“Saya selalu terfikir macam manalah keadaan sebenar nanti.”tulis Mira.

Sarat hamil, Mira Filzah tak sabar nak 'apply' pengalaman dalam dunia lakonan 2

Mira yang kini sedang menghitung hari melahirkan bayi sulungnya itu mengakui babak ibu hamil yang dilakonkannya dulu sememangnya tidak seindah seperti yang disangkanya pada masa ini.

Katanya lagi, ketika hendak mengangkat beg tangan miliknya pun sudah terasa berat, apatah boleh mendukung seorang bayi lelaki seberat hampir 10kg dalam drama Pujaan Hati Kanda pada suatu ketika dulu.

Tambah pengacara berusia 29 tahun, itu belum termasuk melakonkan babak menjerrit-jerit nak bersalin, selain panik.

Sarat hamil, Mira Filzah tak sabar nak 'apply' pengalaman dalam dunia lakonan 3

Pada masa yang sama, Mira meluahkan keterujaan dan tidak sabar untuk mengaplikasikan semula pengalaman yang dirasainya sendiri dalam dunia lakonan nanti selepas melahirkan anak.

Sarat hamil, Mira Filzah tak sabar nak 'apply' pengalaman dalam dunia lakonan 4

Untuk rekod, Mira Fizal mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.

Sumber: Instagram @mfmirafilzah


Sarat hamil, Mira Filzah tak sabar nak 'apply' pengalaman dalam dunia lakonan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list