Artikel Terkini

“Saya hanya orang biasa nak buat kebaikan untuk semua,”-Shaharul Ridzwan minta jangan sanjung dirinya

“Saya hanya orang biasa nak buat kebaikan untuk semua,”-Shaharul Ridzwan minta jangan sanjung dirinya
"Saya hanya orang biasa nak buat kebaikan untuk semua,"-Shaharul Ridzwan minta jangan sanjung dirinya 1

Aktor berbadan sasa, Saharul Ridzwan yang kini aktif menyebarkan dakwah dan berhijrah ke arah lebih baik memberitahu dirinya hanyalah seorang insan yang kerdil sahaja apabila ramai pihak terinspirasi dengan perubahan dirinya.

Memetik laporan Harian Metro,  segala perkongsian yang dimuat naik di media sosial milik pelakon tersebut bukanlah berniat untuk menunjuk-menunjuk, sebaliknya dia mahu mengajak pengikutnya ke arah kebaikan.

“Bab ini agak sensitif untuk saya menjawab tapi ramai juga yang bercakap apabila semakin dekat dengan Islam, tidak semestinya kita perlu tunjuk di media sosial.

“Tidak kurang juga yang kata nak buat baik biarlah simpan untuk diri sendiri saja.”katanya.

Pada masa yang sama, aktor berusia 33 tahun itu mahu memanfaatkan kelebihan memiliki empat juta pengikut di laman Instagram miliknya untuk sesuatu yang baik setelah 10 tahun dalam dunia hiburan.

“Selama 10 tahun berlakon, saya selalu ajak orang ke arah hiburan dengan drama-drama saya.

Sekarang ini, saya nak gunakan kelebihan memiliki empat juta pengikut di Instagram untuk sesuatu yang baik.”terangnya lagi.

 

Tambah bapa kepada dua orang cahaya mata itu, jika sebelum orang ramai hanya mengenali dirinya sebagai seorang pelakon sahaja, kini dia cuba berkongsi mengenai dirinya sesuatu kelainan yang boleh memberikan manfaat.

“Kalau sebelum ini umum mengenali saya sebagai pelakon saja, tapi sekarang ini saya cuba kongsikan apa yang saya pakai, tutur, makan dan minum sebagai asbab kebaikan untuk semua yang kenal saya.”

"Saya hanya orang biasa nak buat kebaikan untuk semua,"-Shaharul Ridzwan minta jangan sanjung dirinya 2

Menurut Shahrul, dia bersyukur sekiranya terdapat pengikut di media sosialnya itu mereka berubah seperti dirinya. Namun begitu, pelakon drama Kau, Aku, Kita meminta orang ramai jangan sesekali menyanjunginya kerana  dia tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibanggakan.

“Jadi siapa yang ikut saya itu Alhamdulillah tapi jangan sesekali sanjung sebab saya tiada apa-apa. Saya hanya orang biasa yang nak buat kebaikan untuk semua,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)


"Saya hanya orang biasa nak buat kebaikan untuk semua,"-Shaharul Ridzwan minta jangan sanjung dirinya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list