Artikel Terkini

Tak perlu akaun Instagram untuk Bilal, dapat tawaran jadi duta produk

Tak perlu akaun Instagram untuk Bilal, dapat tawaran jadi duta produk
Tak perlu akaun Instagram untuk Bilal, dapat tawaran jadi duta produk 1

Selebriti popular Neelofa dan suaminya, Haris Ismail tidak bercadang bagi membuka akaun media sosial Instagram untuk anak mereka iaitu Muhammad Bilal.

Menurut laporan Harian Metro, selebriti berusia 33 tahun itu berkata, kebanyakan posting foto atau video mengenai Bilal adalah dimuat naik semula atau ‘repost’ oleh peminat daripada InstaStory miliknya.

“Wujudkan Instagram, tak. Kalau ada sekarang ini ia bukan yang rasmi daripada kita. Setakat hari ini belum lagi. Kebanyakan peminat saja yang ‘repost’,” kata bekas pengacara MeleTOP itu.

Sementara itu, Neelofa turut berkongsi bahawa anaknya ada mendapat tawaran untuk menjadi duta produk namun perlu berbincang dengan suaminya terlebih dahulu.

“Ada jenama yang tawarkan untuk menjadi duta, tapi bukan jenama ‘baby’. Namun, mungkin ada perkara yang kurang sesuai.
“Jadi kita pun tak ada apa-apa yang teruskan lagi. Kalau ada yang sesuai, kena berbincang dengan suami dan tengok keadaan macam mana,” ujarnya.

Tambah Neelofa, dia akan mendedahkan wajah anaknya satu hari nanti kerana mahu memberi ruang dan masa agar si bayi tersebut membesar dengan sihat dari segi luaran serta dalaman.

Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkahwin dengan Haris pada Mac tahun lalu dan dikurniakan Bilal yang kini berusia tiga bulan.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram @lofa.world


Tak perlu akaun Instagram untuk Bilal, dapat tawaran jadi duta produk 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list