Artikel Terkini

Tindakan pantas LUAS berjaya elak gangguan air di Selangor

Tindakan pantas LUAS berjaya elak gangguan air di Selangor
Tindakan pantas LUAS berjaya elak gangguan air di Selangor 1

SHAH ALAM – Tiada gangguan bekalan air dilaporkan berlaku susulan pencemaran sungai akibat kebakaran kilang plastik di Semenyih dan pencemaran minyak diesel di Sungai Slim, Slim River, Perak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata, tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama agensi lain berjaya mengawal pencemaran itu tanpa menjejaskan operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Semenyih dan LRA Bernam River Headworks (BRH).

Bagi insiden pertama, LUAS mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan menyeluruh di sebuah premis kilang plastik di Jalan Perindustrian Mahkota Utama, Beranang pada 3.30 petang semalam susulan insiden itu tular di media sosial, katanya.

Hee berkata LUAS turut melaksanakan tindakan segera dengan kawalan menyekat dan menakung aliran tersebut menggunakan tiga “oil boom” di kawasan longkang utama sepanjang 200 meter dari lokasi kebakaran sehingga kerja pemadaman oleh pihak bomba selesai.

“Takungan aliran berkenaan juga dirawat menggunakan 13 beg karbon yang diaktifkan (AC) bagi tujuan nyahbau sebelum aliran tersebut masuk ke Sungai Kabul.

Pemantauan dan pensampelan pada kekerapan setiap 30 minit di beberapa lokasi berpotensi di Sungai Kabul turut dilaksanakan mendapati bau di sungai itu normal dan tiada sebarang kesan sisa bahan terbakar kelihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi insiden kedua, Hee berkata LUAS mengaktifkan manual sama selepas menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak berkenaan pencemaran minyak diesel di Sungai Slim, Slim River di negeri itu.

Hee berkata berdasarkan semakan, aliran air sungai tersebut berpotensi menjejaskan operasi LRA BRH berikutan hilir sungai itu menghala ke Selangor pada jarak 21 kilometer (km) daripada lokasi insiden.

Katanya pemantauan dan pensampelan dilaksanakan setiap sejam menggunakan peralatan Portable UV Analyzer bagi memastikan tiada kesan sisa minyak diesel atau bau di dalam sungai terbabit

“Pemantauan berterusan dibuat sehingga pukul 4.30 pagi tadi mendapati tiada impak dan kesan bau di Sungai Bernam yang merupakan punca utama bekalan air kepada muka sauk LRA BRH.

Pemantauan bermula pukul 7 malam semalam telah ditamatkan pada jam 4.30 pagi tadi setelah tiada risiko henti tugas LRA disahkan,” katanya. – BERNAMA

Tindakan pantas LUAS berjaya elak gangguan air di Selangor 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list