Artikel Terkini

Tukar Tarikh Dan Enggan ‘Refund’, Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Agensi Pelancongan Ini

Tukar Tarikh Dan Enggan ‘Refund’, Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Agensi Pelancongan Ini
Tukar Tarikh Dan Enggan 'Refund', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Agensi Pelancongan Ini 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jika anda mahu melancong ke sesuatu destinasi, adakah anda akan memilih perkhidmatan agensi pelancongan ataupun merancang perjalanan anda sendiri? Walau apa pun pilihan anda, pasti akan ada cabaran dan masalah yang perlu dihadapi.

Artikel Berkaitan:

Begitulah apa yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook Fuad Aziz apabila dia yang telah membayar deposit kepada pihak agensi pelancongan untuk ke Jepun pada bulan Disember ini kecewa apabila pihak agensi pelancongan terkenal itu mahu menukar tarikh perjalanannya.

Menerusi perkongsian tersebut, Fuad berasa tidak puas hati kerana telah membayar deposit untuk tarikh yang dimahukan tetapi pihak agensi terbabit mahu menukar tarikh ke tahun depan serta perlu membayar lebih daripada pakej yang dipersetujui sebelum ini.

Tukar Tarikh Dan Enggan 'Refund', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Agensi Pelancongan Ini 2

Selepas beberapa kali perbincangan, Fuad mahukan ‘refund’ tetapi tuntutan tersebut seolah tidak dilayan dan haknya dinafikan apabila hanya boleh menukar tarikh. Ini bukanlah salahnya tetapi pihak agensi pelancongan terbabit yang mahu menukar tarikh sesuka hati tanpa memikirkan perasaan pelanggan.

Difahamkan, Fuad tidak dapat menghubungi pihak agensi pelancongan tersebut apabila nombornya disekat dan juga media sosial miliknya turut disekat oleh pihak agensi itu.

Fuad juga telah memuat naik posting berkaitan isu itu di sebuah group di Facebook dan mendapat reaksi pelbagai pihak. Malah, ada juga yang pernah menjadi mangsa kepada agensi pelancongan itu bertindak untuk menghubungi Fuad sekaligus meminta bantuannya.

Tukar Tarikh Dan Enggan 'Refund', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Agensi Pelancongan Ini 3

Tukar Tarikh Dan Enggan 'Refund', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Agensi Pelancongan Ini 4

Tambahnya, jumlah kerugian para mangsa melebihi RM100 ribu temasuk deposit minimum, bayaran penuh dan juga separuh bayaran tetapi belum lagi terbang ke destinasi.

Bercakap kepada The Vocket, dia hanya mahukan dirinya bersama mangsa-mangsa lain mendapat pembelaan dan pihak agensi pelancongan terbabit berdepan dengan mangsa memberikan solusi terbaik, bukannya berdiam diri.

Susulan kepada isu tersebut, pihak agensi pelancongan terbabit tampil memberikan kenyataan rasmi di Instagram mereka dimana hal itu terjadi disebabkan beberapa faktor dan didalam terma yang telah dipersetujui sebelum ini terang mengatakan bahawa tiada ‘refund’ akan diberikan jika mahu membatalkan pakej yang dibeli.

Menerusi kenyataan tersebut, pihak agensi itu menyerahkan segalanya kepada KPDNKK untuk memastikan mana satu pihak yang betul. Malah, pihaknya akan akur jika benar terbukti pihaknya yang bersalah dan mahu pihak Fuad juga akur dengan segala keputusan kelak.


Tukar Tarikh Dan Enggan 'Refund', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Agensi Pelancongan Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list