Infotainment

Tular Video Proton Wira Togel, ‘Pomen’ Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu

Tular Video Proton Wira Togel, ‘Pomen’ Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu
Tular Video Proton Wira Togel, 'Pomen' Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pada dua hari lalu seorang pemilik Proton Wira telah berkongsi kehampaannya setelah melihat kereta kesayangannya dibiarkan ‘togel’ terbengkalai oleh pomen bengkel yang dipercayainya selama ini.

Menurut wanita itu, dia meninggalkan keretanya di bengkel tersebut pada awal Perintah Kawal Pergerakkan (PKP) tahun lalu kerana bateri keretanya telah mati. Disebabkan kereta itu akan duduk jangka masa yang agak lama, jadi dia mengambil keputusan untuk mengubahsuai kereta Wira tersebut menjadi ‘Evo’.

Tambahnya lagi, dia telah menghabiskan sekurang-kurangnya RM12,000 secara ansuran untuk proses pengubahsuaian kereta tersebut. Namun, setiap kali wanita ini menanyakan bagaimana keadaan atau mahu melawat untuk melihat keretanya, pemilik bengkel tersebut sering kali memberikan seribu satu alasan supaya wanita ini tidak dapat melihat keretanya sendiri.

@ain_jeman

Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Setelah perkara itu tular mendapat liputan di seluruh media sosial, wanita ini memuat naik video terbaru di mana pomen bengkel tersebut secara ‘tiba-tiba’ menghantar mesej WhatsApp berjanji akan menyiapkan kereta tersebut pada hari Sabtu minggu ini.

Tambah pomen itu lagi, semasa wanita tersebut pergi ke bengkel tersebut secara mengejut, kereta itu kelihatan ‘togel’ kerana mendakwa enjin masih belum dipasang oleh sebab ada perubahan. Dia turut menyatakan kereta tersebut boleh diambil semula pada hari Sabtu ini andai kata kesemuanya komponen sudah siap dipasang dan dicat semula.

Mesej WhatsApp yang dihantar oleh pomen tersebut membuatkan pengguna TikTok yang lain meminta wanita ini membawa kawan yang berpengalaman supaya memastikan kereta tersebut diserahkan dalam keadaan yang baik seperti yang dijanjikan.

@ain_jeman

Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu 🙏🏻#fypage #fyp #tolongbantu

♬ original sound – 🌟 – 🌟

Tular Video Proton Wira Togel, 'Pomen' Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu 2

Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman

Tular Video Proton Wira Togel, 'Pomen' Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu 4

Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman

Tular Video Proton Wira Togel, 'Pomen' Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu 6

Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman

Tular Video Proton Wira Togel, 'Pomen' Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu 8

Sumber Gambar: TikTok @ain_jeman

Tambah orang ramai lagi, mereka menyarankan agar pemilik Wira tersebut membuat laporan polis serta membawa kes ini kepada tribunal pengguna untuk mendapatkan pengadilan sekiranya bengkel tersebut memungkiri janji.

Wang sudah dibayar, namun barangannya tidak sampai. Beberapa orang pelanggan dedahkan modus operandi ditipu oleh seorang peniaga Lotus Biscoff melalui media sosial. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah

‘Lesap’ Selepas Terima Bayaran, Lelaki Ini Dedah Penipuan Peniaga Lotus Biscoff

Beli iPhone 12 Pro Max Secara Online, Wanita Ini ‘Tertipu’ Hanya Terima Sekotak Jus Epal


Tular Video Proton Wira Togel, 'Pomen' Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo