Artikel Terkini

Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’

Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’
Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’ 1

Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’

Pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dia hanya berpeluang untuk menyusukan anak lelaki, Raja Urhan cuma kurang dua minggu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jika Suatu Hari Aku Masuk Neraka Maka Bawa Juga Temanku’ – Gurauan Uyaina Arshad Ditegur Netizen

Dua kali jumpa doktor

Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’ 3

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Uyaina berkata Urhan mengalami masalah lidah pendek atau ‘tongue tie’ pada minggu pertama selepas dilahirkan pada 8 September lalu.

Kata aktres berumur 30 tahun, anak sulungnya itu sukar untuk menyusu.

Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.

Ia bermula apabila kami mendapati Urhan mengalami masalah lidah pada minggu pertama selepas dia dilahirkan. Dia mengalami kesukaran melekap. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas dua hingga tiga kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release (lepaskan). Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.

Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie itu. Lepas itu kita pantau lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama.

Bawa pergi jumpa doktor lain pula untuk pendapat kedua. Rupa-rupanya tongue-tie tu tak fully released.

Doktor kata perlu fully anaesthetic dan jalani pembedahan Urhan untuk betul-betul faham apa yang berlaku dengan lidahnya. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih tiga bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab masih kecil.

Setiap rezeki itu datang dari Tuhan

Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’ 4

Tambah pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia sudah memberi susu formula sepenuhnya kepada Urhan selepas gagal pam susu.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran ini akur dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pesan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa, tidak perlu stres kerana menyusu ataupun tidak tetap bergelar ibu.

Sekadar info, pasangan selebriti ini berkenalan pada awal 2019 menerusi program terbitan Astro sebelum Raja Syahiran mengambil keputusan merisik Uyaina pada tahun yang sama.

Syahiran dan Uyaina berkahwin pada 20 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Sumber: Instagram 


Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list