Artikel Terkini

Wakil rakyat BN kekal pembangkang, PH Selangor belum terima arahan

Wakil rakyat BN kekal pembangkang, PH Selangor belum terima arahan
Wakil rakyat BN kekal pembangkang, PH Selangor belum terima arahan 1

SHAH ALAM – Kedudukan wakil rakyat dalam Dewan Negeri Selangor khususnya Barisan Nasional (BN) yang kini berada dalam blok pembangkang akan diketahui sehingga selesai pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Speaker, Ng Suee Lim berkata, setakat ini, kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN masih kekal seperti sedia ada dan kedudukan mereka hanya akan berubah sekiranya mendapat arahan daripada kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Setakat ini, kita kekalkan status quo walaupun di peringkat Kerajaan Persekutuan sudah digabungkan kerajaan baharu sebagai Kerajaan Perpaduan antara PH dengan BN bersama GRS, GPS dan Warisan.

“Di Selangor, kita akan menunggu dan lihat apa perkembangan di peringkat Persekutuan. Apabila Kabinet dibentuk, selesai semua urusan, saya yakin peringkat Kerajaan Negeri Selangor juga menyusul,” katanya kepada MalaysiaGazette di Bangunan Annex di sini hari ini.

Beliau mengulas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Jumaat lalu.

Pelantikan Anwar juga setelah Dewan Tertinggi BN bersama 30 ahli Parlimennya yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) bersetuju untuk menamakan Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri dan menjunjung titah YDPA untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Ia susulan keputusan PRU15 pada 19 November lalu menyaksikan tiada satu pun blok politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Suee Lim yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor berkata, pihaknya masih menunggu Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan mesyuarat bagi menentukan hala tuju Kerajaan Selangor selepas kerjasama PH dan BN di peringkat pusat.

“Dengan kebijaksanaan Datuk Seri Amirudinn, beliau akan mengatur mesyuarat untuk merangka konsep apa yang akan kita laksanakan di Selangor sama ada kekal atau ada perbezaan.

“Setakat ini, saya sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor tidak menerima apa-apa arahan untuk perubahan, kedudukan dan sebagainya.

“Saya masih mengekalkan dan anggap BN masih lagi pembangkang di Selangor,” jelasnya.

Tambahnya, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail masih kekal berbahas Belanjawan Selangor 2023 atas kapasiti blok pembangkang dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

“Hari ini Ketua Pembangkang berbahas atas kapasiti sebagai Ketua Pembangkang tetapi pada masa akan datang, kalau ada arahan, saya akan buat perubahan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Wakil rakyat BN kekal pembangkang, PH Selangor belum terima arahan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list