Artikel Terkini

Wanita Buat Bisnes Racuni 600 Orang Suami

Wanita Buat Bisnes Racuni 600 Orang Suami
Wanita Buat Bisnes Racuni 600 Orang Suami 1

Berbanding hari ini, kehidupan wanita beberapa kurun lepas boleh dikata amat sukar. Patriarki menghalangi pendidikan dan membatasi kemandirian. Di Belanda pada 1583 misalnya, kadar celik huruf kalangan wanita hanya 38% sahaja berbanding 55% bagi lelaki.

Di England sehingga abad ke-19 pula, wanita yang mahu bercerai sanggup dijual/menjual diri sendiri. Sementara itu di Itali pada kurun ke-17, haluan hidup wanita lazimnya cuma terhad kepada empat perkara; iaitu menjadi biarawati, pengemis, pelacur, atau dikahwin atur.

Semua itu bukanlah pilihan yang baik. Biarawati mungkin meraih akses kepada literasi, tetapi perlu mengorbankan kebebasan. Mengemis dan melacur pula ibarat menggadai air muka demi kehidupan. Sambil kahwin atur, ia persis berjudi dengan takdir.

Andai dapat suami budiman, memang untunglah badan. Tetapi kalau dapat yang jenis rambut sikat tepi, mulut kuat memaki, dan gemar angkat tangan dan kaki, habis meranalah hidup. Umpama, sepanjang hayat digantung tak bertali.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Sebab itu bagi isteri-isteri yang menghadap suami begini – tanpa mengira zaman – selalunya ada dua jenis doa yang dipanjatkan; “Moga dia berubah… atau moga dia lekas mati!” Ikutkan, memanglah tak sedap dengar doa yang kedua itu. Tapi dah nama pun panas hati. Itu pun kira baik, setakat ngomel sendirian saja.

Kalau hidup di bandar Rome pada pertengahan ke-17, siap ada bisnes yang cuba ‘kabulkan’ doa tersebut. Memang minda kapitalis habis; ada permintaan, terus sahaja sediakan perkhidmatan. Khidmat melekaskan kematian suami ini disediakan oleh seorang janda muda bernama Giula Tofana.

Ekstrak belladonna, salah satu bahan yang digunakan oleh Tofana untuk membuat racun

Ikutkan, tidak banyak maklumat peribadinya yang diketahui sejarah. Sekadar, dia lahir dan membesar di Palermo – sebelum berpindah ke Naples dan Rome ketika dewasa. Pada usia 13 tahun, tepatnya tanggal 12 Julai 1633, dia kehilangan ibu (bernama Thofania) yang dihukum mati kerana membunuh (disyaki meracun) suami sendiri (Francis d’Adamo).

Sejak kecil, Tofana ibarat melunasi pepatah ‘ibu borek, anak rintik’. Cantiknya sama cantik. Dua-dua pun menguruskan bisnes apotek; yakni menjual ubat-ubatan, jamu, dan produk kosmetik. Bila bermain dengan barang begini, memang tak pelik kalau mereka turut mengadun racun.

Tofana sendiri menjual sejenis racun yang sejarah menamakannya sebagai Aqua Tofana (Cecair Tofana). Ada sumber kata, resepi racun itu dibuat oleh ibunya. Tofana hanya menjual sahaja. Tapi apa pun jua halnya, besar kemungkinan Tofana sudah uji dan sempurnakan racun itu sebelum menjual. Buktinya, suami dia sendiri mati diracun.

Aqua Tofana dihasilkan daripada tiga bahan utama, iaitu ekstrak belladonna, plumbum, dan arsenik. Ia hadir dalam bentuk cecair, tetapi boleh saja digaul sebati dalam serbuk solekan atau losyen. Cuma biasanya, pelanggan Tofana bubuh dalam makanan atau minuman. Tambahan, racun itu tidak berbau, tidak berwarna, dan tiada rasa. Jadi, memang sukar untuk diketahui mangsa.

Lagipun, bungkusannya memang mengelirukan. Mana tidak, Tofana menjualnya dalam botol kecil yang dihiasi gambar Saint Nicholas of Bari. Sekali pandang, memang orang boleh sangka itu air rukyah yang dah dijampi 40 hari 40 malam. Dengan teknik tunggang agama begitu, Tofana bebas menjual racun tersebut selama hampir 20 tahun tanpa dikesan pihak penguasa.

Bungkusan botol Aqua Tofana

Dia sendiri memang amat memilih pelanggan. Hanya yang pandai menjaga rahsia sahaja tahu kewujudan Aqua Tofana di kedainya. Pelanggan baru pula mestilah datang dari penamaan pelanggan lama.

Rata-rata, pelanggan Tofana terdiri dari kaum isteri yang mahu tamatkan perkahwinan tidak sihat. Tapi ikutkan, bukan semua pun begitu. Ada juga yang mahu balas dendam, singkirkan seteru karier atau percintaan, atau bahkan mahu lekas mewarisi harta suami. Justeru, pelangannya bukan hanya terhad kepada satu jantina. Lelaki pun ada juga yang datang membeli.

Di samping modus operandinya yang mengutamakan kerahsiaan, Aqua Tofana yang bertindak perlahan turut mensifarkan sama sekali syak-wasangka. Ia seumpama vaksinasi, perlu tiga kali ‘suntikan’. Dos pertama, sekadar membuatkan mangsa jatuh demam atau selesema. Dos kedua pula, mula terlantar dan muntah-muntah. Masuk dos ketiga atau – kes nadir – keempat, barulah mangsa meninggal dunia.

Proses yang mengambil masa begini bukan sahaja membuatkan mangsa kelihatan seperti mati secara fitrah (sakit biasa), tetapi juga memberi masa kepada mangsa untuk menyelesaikan segala urusan – wasiat misalnya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Dapat pula kalau si isteri cerdik, memang akan memanfaatkan sehabis baik proses bedah siasat bagi melepaskan diri dari disyaki. Sebab, hasil pembedahan memang biasanya tidak menjumpai apa-apa kesan racun. Jadi, objektif dapat dicapai. Maruah pada mata masyarakat pun (kalau kahwin baru) kekal murni.

Apapun, sepandai mana pun tupai takkan selamanya selamat. Sampai masa, akan jatuh juga. Pekung Tofana terbuka apabila salah seorang pelanggannya membocorkan rahsia. Masa itu, malam berlalu macam biasa. Si isteri hidangkan sup kepada suami. Cuma kali itu, ia dibubuhi racun yang dibeli dari Tofana. Niatnya memang mahu membunuh suami sendiri. Tapi, tekad di hati tak sekuat rasa manusawi yang masih berbaki.

Jadi sebelum sempat si suami menghirup , si isteri halang dan jauhkan mangkuk sup tadi. Sampai, timbul syak-wasangka dari pihak suami. Tanya punya tanya, rahsia pun dibuka – yang tak cukup pecah di telinga suami, dibawa pula sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.

Campo di Firi, Rome, tempat Tofana dihukum mati

Lantas, waran tangkap Tofana pun dikeluarkan. Namun berbekalkan kabel yang besar, Tofana sempat melarikan diri dan berlindung di sebuah gereja berhampiran. Cuma, keadaan itu tidak bertahan lama. Sebaik sahaja timbul khabar angin konon Tofana telah meracuni bekalan air di bandar Rome, habis gereja itu digempur oleh kumpulan perusuh.

Tofana lantas dibawa ke muka pengadilan. Kemudian di bilik seksaan, dia mengeluarkan pengakuan telah meracuni 600 orang suami sepanjang tempoh 1633-1651. Atas pengakuan itu, Tofana dijatuhi hukuman mati pada Julai 1659 – sekali bersama anak perempuannya, Girolama Sperla dan tiga orang pekerja. Kira-kira 40 orang pelanggannya (yang berkelas bawahan) turut dihukum bunuh. Mereka yang dari kelas atasan pula sekadar dipenjara, dan ada pula yang dilepaskan.

RUJUKAN

Elhassan, Khalid. (2019, 18 April). History’s Most Prolific and Deadly Female Poisoner Helped Women get Rid of their Husbands. History Collection.

Kernan, Sean. (2022, 14 March). Woman Uses Poison Makeup to Murder 600 Husbands. Medium.

Millar, Judy. (2020, 25 August). The Woman Whose ‘Cosmetics’ Poisoned Over 600 Unwanted Husbands. History of Yesterday.

McKennett, Hannah. (2020, 1 June). Meet Giulia Tofana: The 17th-Century Professional Poisoner Said to Have Killed 600 Men. All That Interesting.

Wanita Buat Bisnes Racuni 600 Orang Suami 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list